UNIC terus mencuba sesuatu kelainan dalam setiap produk seni keluaran mereka. Bagi mereka, mesej dakwah perlu disampaikan dalam pelbagai bentuk genre muzik.Apa yang penting, liriknya mestilah ke arah mesej yang positif.
Kali ini,gabungan padu antara kumpulan nasyid UNIC bersama Apak Harry (Khalifah) menghasilkan sebuah lagu bertajuk 'Padu Bossku'.
Padu Bossku secara total bukanlah lagu genre nasyid tetapi lebih ke arah genre pop rock. Namun liriknya yang santai namun masih mempunyai mesej nasihat yang padu.
Kolaborasi kali ini tak dinafikan mampu menfenomenakan lagu ini, sama seperti lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Raihan dan Alif Satar.
Lagu ini mula dipaparkan di laman Youtube sejak 24 Jun 2019. Dalam tempoh enam hari sahaja, Padu Bossku sudah mencatatkan bilangan penonton melebihi 300,000 orang.
![]() |
| Padu Bossku catat lebih 300,000 jumlah tontonan sejak 24 Jun 2019. |
Padu Bossku merupakan hasil nukilan Achoi (Floor 88) manakala lagunya dihasilkan oleh Harry (Khalifah). Lagu ini diterbitkan secara bersama oleh syarikat Padu Records Sdn Bhd dan MVM Production Sdn Bhd.
FAKHRUL (UNIC) CUBA NASIB JADI PELAWAK
![]() |
| Kumpulan UNI yang membariskan Fad (Bocey), Fakhrul (UNIC) dan Atu (Zero) |
Setelah kejayaan UNIC mencipta gelaran sebagai Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama (GGV1) pada tahun 2017, mereka terus mencipta langkah demi langkah dalam bidang seni.
Salah seorang anggota UNIC, Fakhrul, mencuba nasib dalam bidang lawak apabila dia menyertai kumpulan UNI bersama Fad (Bocey) dan Atu (Zero) untuk rancangan Muzikal Lawak Superstar 2019.
Rancangan ini merupakan program realiti TV berkonsepkan komedi yang menggabungkan pelakon, pelawak dan penyanyi terkenal tanah air.
Nama UNI dipilih yang membawa maksud You And I. Rancangan Muzikal Lawak Superstar mula ditayangkan di Astro Warna selama 10 minggu bermula 28 Jun 2019 jam 9 malam.





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.