Delegasi misi #wakeupforgaza difahamkan mengalami kesulitan apabila terkandas di pintu sempadan Rafah, Mesir
“Tiada jaminan boleh masuk atau keluar di Gaza ini. Inilah realiti kehidupan bumi dinamakan Gaza Palestin,” demikian coretan penyanyi, Heliza Helmi, di laman Instagram.
Heliza merupakan salah seorang ahli misi #wakeupforgaza bersama beberapa ahli misi yang lain termasuk adiknya, Hazwani; suami pelakon Yatt Hamzah, Zulfadhli Khairuddin; dan anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Mereka sepatutnya pulang ke Malaysia pada 19 Julai 2019.
“Perjalanan nak tembusi masuk ke Gaza sahaja ambil masa lebih 16 jam, dengan perlu melepasi satu demi satu ‘check point’ yang tiada kemudahan tempat makan dan minum serta tandas. Memang mencabar. Enam belas jam tak pergi ke tandas memang amat mencabar. Nak masuk Rafah sahaja penuh cabaran kerana perlu melepasi pemeriksaan demi pemeriksaan pihak berkuasa di sana. Akhirnya kami perlu menunggu dan terus menunggu.
“Waktu nak tunjuk pasport pun sampai kena tengking dengan pihak berkuasa. Dihalau dan kemudian beratur semula. Sistem mereka di sana memang berlangsung sesuka hati,” tulisnya lagi.
HELIZA HELMI KONGSI SITUASI SEBENAR DI RAFAH
![]() |
| Catatan di Instagram Heliza Helmi |
Berdasarkan catatan di laman Instagramnya, Heliza turut berkongsi mengenai situasi di Rafah.
Berikut ialah perkongsian Heliza Helmi:
- Keadaan di Rafah panas sepanas panasnya, macam tadi 50 darjah celcius , terkepung dengan ramai orang dengan kawasan yang sempit , tak ada tingkap , tak ada kipas, aircond apatah lagi, solat memang di atas lantai yang berdebu dan penuh sampah .
- Memang langsung tak ada kedai. Makna kata, takda makanan , tak ada minuman. Video awal- awal tu, masa kami baru sampaj bekalan makanan masih ada, macam tadi roti semua dah habis, air pun dah habis, bayangkan kalau stranded berhari-hari, memang langsung tak ada makan minum semua .
- Line internet langsung tak ada .
- Mereka yang datang ke Rafah, kena beratur panjang- panjang, kadang- kadang kena marah.
- Macam tadi ada yang cedera, dengan anak kecil, duduk di atas lantai dengan muka merah berpeluh peluh, menanti penuh harapan dapat keluar, namun menunggu dan terus menunggu dengan kelaparan kehausan, peluh banjir.
- Suddenly mereka bagitau kami tak boleh keluar hari ini macam tu je . Kami kena stay sahaja di Rafah tidur la beramai-ramai di Rafah tak da makan minum dan udara, kerana ramai dan penuh sesak MasyaAllah . Setelah beberapa jam, Alhamdulillah setelah berbincang kami dapat masuk balik ke Gaza .



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.