Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

19 July 2019

Sabyan Tampil Dengan Bismillah


Penerimaan para peminat terhadap album sulung mereka, Maulana pada tahun 2018 memberi keyakinan buat kumpulan Sabyan untuk tampil dengan produk terbaru.

Bagi tahun 2019, Sabyan memberanikan diri untuk tampil dengan album kedua mereka, Bismillah. Album ini telah berada di pasaran sejak Mei 2019.

Tatkala ramai artis sekadar menerbitkan single album secara pasaran digital, namun sebaliknya bagi Sabyan. Mereka nyata yakin dengan kemunculan album penuh yang turut diterbitkan secara fizikal (cakera padat) dan platform digital.

Bismillah boleh dikatakan hasil usaha Sabyan secara total memandangkan seluruh lagu yang ada di dalamnya adalah karya mereka sendiri, baik lirik maupun susunan muzik.

Namun, album kali ini seolah tak lengkap setelah salah seorang tonggak kekuatan Sabyan, Anisa Rahman, mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Menurut laman Kompasiana, Anisa Rahman memutuskan untuk bergerak secara solo. Kenyataan tersebut kembali ditegaskan Ayus pada program Salam Kilau Ramadhan yang ditayangkan di MNCTV, Indonesia pada 5 Mei 2019 lalu bahawa mereka tetap menyokong Anisa Rahman yang mengundurkan diri untuk bergerak secara solo.

Album kali ini memuatkan lapan buah lagu iaitu Allahumma Labaik, El Oum, Syukran Lillah, Alfassalam, Bismillah, Idul Fitri, Ya Allah Biha dan Ya Ramadhon. Lagu Idul Fitri dan Ya Ramadhon dianggap sebagai trek bonus memandangkan album ini dilancarkan ketika bulan Ramadhan.

Album fizikal Bismillah diterbitkan oleh Tropic Jaya Entertainment bagi pasaran di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages