Pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka, hotel yang menjadi pilihan ialah Hatten Place, Melaka. Dan setiap kali percutian singkat, bajet untuk hotel yang disediakan sekadar bawah RM200.
Kalau nak murah lebih, gunalah aplikasi atas talian. Jauh berbeza dengan harga sebenar.
Hatten Place Melaka terletak sama bangunan dengan Elements Mall, Melaka. Sebelah hotel ini ialah Double Tree Hilton Hotel. Kalau ada bajet lebih daripada RM300 semalam, bolehlah tinggal di Double Tree. Kalau takda, Hatten Place dah cukup berbaloi,
Kolam renang yang disediakan sesuai untuk semua golongan. Kolam untuk dewasa mempunyai kedalaman 4 kaki ke bawah.
Di kawasan kolam, turut disediakan katil untuk santai sambil menikmati udara segar. Kolam ini terletak di tingkat 13. Kalau nak santai sambil minum pun boleh.
Di kawasan kolam, turut disediakan katil untuk santai sambil menikmati udara segar. Kolam ini terletak di tingkat 13. Kalau nak santai sambil minum pun boleh.
Turut disediakan ialah gym untuk mereka yang nak santai sambil bersenam.
Skydeck Hatten Place. Sumber: Trip.
Salah satu daya tarikan paling menarik yang Hatten Place sediakan ialah Skydeck Melaka. Di tingkat Skydeck ni, kita boleh lihat pemandangan negeri Melaka 360 darjah.
Paling best bila naik ke Skydeck menjelang matahari terbenam. Laungan azan dari Masjid Selat Melaka jelas terdengar. Dan semua ini adalah percuma jika bermalam di Hatten Place.
Suasana dalam bilik hotel pula cukup selesa. Peti ais mini, seterika, dan coffee/tea making turut disediakan dalam bilik. TV yang disediakan,cukup power!
Bilik air 'lutsinar' yang ada dalam bilik ni amat sesuai untuk mereka yang datang berbulan madu. Tapi awas, kalau ada anak pastikan tirai bilik air ditutup. Kalau tak, terkejut nanti.
Kedudukan Hatten Place ke kawasan-kawasan perlancongan Melaka yang lain tak terlalu jauh. Tapi kalau dah bermalam di Hatten Place, lebih elok duduk di hotel dan gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada di hotel tanpa keluar ke tempat lain. Soal makanan dari luar. boleh je gunakan pelbagai aplikasi untuk delivery makanan.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.