Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

06 August 2019

Kelazatan Rojak Daripada Faizal Tahir

Setelah berjaya menerbitkan empat buah album iaitu Aku.Muzik.Kamu (2007), Adrenalin (2010), Faizal Tahir (2013) dan Anatomi (2016), Faizal Tahir tampil dengan sebuah album baru berjudul Rojak.

Kulit album Rojak

Di pasaran sejak 2 Ogos 2019, Rojak menghimpunkan beberapa lagu yang telah diterbitkan secara 'single' sebelum ini, di dalam satu album.

Judul Rojak dipilih sebagai simbolik kepada kehidupan rakyat pelbagai kaum dan keunikan bahasa di Malaysia. Namun, disebalik 'keenakan' Rojak, Faizal Tahir turut mengumumkan bahawa album ini merupakan album terakhirnya.

Faizal Tahir umum Rojak sebagai album terakhir di Instagram

“Semua kita di Malaysia adalah Rojak disebabkan rakyat, budaya serta bahasanya yang pelbagai dan ia sangat indah. Disebabkan itu saya namakan album ini Rojak.

“Satu hal mengenai album ini, ia adalah album saya yang terakhir,” katanya melalui video di Instagramnya pada 24 Julai 2019.

Rojak sebagai album grand finale buat Faizal Tahir menyebabkannya menghasilkan album ini dengan cukup menarik. Mengandungi lagu Ragaman yang telah mencecah jumlah strim melebihi 3 Juta di Spotify, album ini turut diikuti lapan buah lagu lain yang rata-rata mendapat tempat di hati peminat.

Selain Ragaman, lapan lagu lain itu ialah Ratu, Starfeather, Kamu, Bisa Aja, Malaysia, This Is ANFIELD, Until We Meet Again dan Fire & Water.

Dalam memastikan album grand finale ini berjaya, album ini turut menggunakan kreativiti dalam penghasilan kulit albumnya. Penggunaan simbol bagi setiap lagu pada inlay album menjadikan album ini kelihatan eksklusif.

Faizal Tahir tunjuk simbol bagi setiap trek lagu.

Walaupun Rojak merupakan album grand finale Faizal Tahir namun ia bukanlah bermaksud ini adalah karya terakhirnya. Difahamkan Faizal Tahir tetap akan menerbitkan karya seninya berbentuk single tetapi bukan lagi dalam bentuk album.

Kurangnya jualan album secara fizikal serta pasaran muzik secara digital dikatakan menjadi punca Rojak dijadikan sebagai album penuh terakhir Faizal Tahir. 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages