Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

07 August 2019

"Kalau bukan kita siapa lagi. Jawi bukan agama".- AlHijrah Cuba Berita Tulisan Jawi


Stesen televisyen AlHijrah memulakan langkah bijak apabila mengambil insiatif mengangkat tulisan Jawi dengan menggunakan tulisan itu pada ‘superbar’nya dalam dua berita mengenai tulisan khat pada 6 Ogos 2019.

Menurut Ketua Unit Editorial Berita AlHijrah, Serieffa Mushtafa Albakry yang dipetik dari laman berita Utusan, penggunaan tulisan jawi dalam berita yang lalu sekadar satu percubaan.

“Kalau bukan kita siapa lagi. Jawi bukan agama. Bukan semua berita menggunakan tulisan Jawi tapi malam ini kita cuba dua berita dulu,” kata Serieffa Mushtafa Albakry.

Langkah AlHijrah tersebut dilakukan selepas menyedari perlunya keterlibatan media dalam mengembalikan semula kegemilangan warisan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Menurut Serieffa lagi, Berita AlHijrah akan meneruskan penggunaan tulisan Jawi dalam segmen beritanya bagi membuktikan kesungguhan dalam usaha itu.

Tulisan Jawi diperkatakan semula akhir-akhir ini apabila terdapat bantahan oleh segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun 2020 di sekolah jenis kebangsaan.

Perancangan yang telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak tahun 2014 dan pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan itu bertujuan menerapkan nilai-nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages