Pernah tak kita lihat restoran yang memaparkan perkataan 'Serve No Pork' tetapi tiada tanda halal? Pernah tak kita lihat ada segelintir umat Islam yang tanpa segan silu masuk ke restoran 'Serve No Pork' dan terus menjamu selera di sana?
Tak dinafikan masih wujud sesetengah restoran tidak menjual makanan haram atau dalam erti kata lain tiada khinzir, namun, ia masih diragui kerana pengusaha mempamerkan papan tanda no pork atau pork free. Ia seolah-olah bagaikan menjadi trend sebilangan restoran hari ini.
Malah wujud segelintir umat Islam yang tanpa segan silu makan di restoran 'free pork'.
Ketidak fahaman soal Halal sememangnya berlaku bukan sahaja dalam kalangan umat bukan Islam tetapi juga dalam kalangan umat Islam.
Dalam satu hantaran yang dikongsi laman sosial Facebook, seorang wanita yang baru memeluk Islam menjelaskan bukan semua orang bukan Islam faham tentang konsep Halal.
![]() |
| Petikan dari laman Facebook. |
"Seriously, sebelum masuk Islam i thought it was ok untuk yang muslim makan kat kedai yang tulis Serve No Pork sebab takde ilmu langsung tentang apa itu Halal," tulis wanita terbabit.
Status wanita terbabit turut memberikan contoh situasi yang mudah mengenai kekeliruan orang bukan Islam.
"Contohnya roti, sebelum ini main rembat je roti jenama apa pon. Sebab dalam mindset cakap, mana ada orang buat roti guna babi," tulisnya lagi.
NO PORK BELUM TENTU HALAL
Ada yang tertanya, adakah wujud perbezaan antara Halal dan No Pork? Jawapannya, ya.
Halal adalah satu bentuk pematuhan mengikut ketetapan dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak. Manakala, no pork pula hanya satu bentuk makluman bahawa kedai berkenaan tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Itu sahaja. Tidak semestinya kedai atau premis makanan yang memaparkan logo no pork itu boleh kita anggap sebagai menjual makanan halal.
Walaupun kandungan makanan yang kita beli tidak mengandungi sebarang unsur babi, tapi kita perlu pastikan adakah pengeluar tersebut benar-benar mematuhi konsep Halal yang sebenar?
Dalam situasi roti tadi, walaupun roti secara logik tiada bahan yang mengandungi babi namun bagaimana pula seandainya roti terbabit dikeluarkan di kilang bukan Islam yang turut mengeluarkan pau babi?
Seandainya kita menghadapi situasi 'No Pork', adalah lebih baik mencari alternatif lain yang jelas mempunyai tanda Halal. Was-was dalam status makanan (syubhah) ini sememangnya ditegah dalam Islam.
Dalam hal syubhah, Rasulullah SAW menuntut setiap umatnya meninggalkan perkara tersebut kerana kecenderungannya kepada hukum haram. ALLAH SWT berfirman: "Wahai sekalian manusia, makan daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik..." (Surah al-Baqarah: 168).
Berhati-hatilah dalam memilih makanan. Halal bukan sekadar 'no pork' tetapi turut membabitkan sama ada makanan itu baik atau tidak.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.