Baru sahaja selesai menghabiskan pengajian sarjana dalam bidang pengkhususan Bahasa Inggeris di Universiti Malaysia, penyanyi Najwa Latif meneruskan langkah seni melalui karya terbaru, KLIA.
Menerusi laman sosial Instagram, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 24, memuat naik lagu terbarunya yang berjudul KLIA.
Menurut Najwa Latif lagi, lagu KLIA sebenarnya telah dicipta pada lapan tahun lalu dan antara lagu terawal ciptaannya selain lagu popular Najwa berjudul “Cinta Muka Buku”.
“Alhamdulillah, after 8 years of waiting, finally it’s out! “Go check it out kalau awak free okay, thank you,” tulisnya sebagai kapsyen.
Kehadiran lagu KLIA ini merupakan salah satu langkah untuk menerbitkan album keduanya nanti.
Langkah menerbitkan lagu terlebih dahulu merupakan satu strategi dalam memastikan nama Najwa Latif masih dalam ingatan para peminat.
Baginya, dia masih yakin strategi pemasaran lagu melalui media sosial yang merupakan tren terkini pemasaran muzik di Malaysia.
![]() |
| Najwa Latif. Ihsan: Xtra |
KLIA merupakan akronim bagi perkataan Kau Lupa Itu Aku. Lagu ini merupakan karya sepenuhnya oleh Najwa Latif sendiri manakala liriknya ditulis oleh kakaknya, Ika Latif.
Bergenre pop dan catchy, lagu ini juga diinspirasikan berdasarkan kisah cinta orang sekeliling mereka.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.