Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 August 2019

'Bukti' Daripada Farhatul Fairuzah (Qariah Malaysia 2019)

Farhatul Fairuzah. Sumber: Instagram

Bukti, itulah percubaan pertama daripada seorang penyanyi wanita, Farhatul Fairuzah.

Farhatul atau nama sebenarnya, Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut, merupakan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Lagu Bukti merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Bazli Hazwan, anggota kumpulan UNIC. Bukti telah dirakamkan di UNIC Soundroom dan diterbitkan oleh UNICDOTMY PRO.

Bukti cecah 10,000 penonton

Bukti mula diterbitkan di laman Youtube sejak 10 Ogos 2019. Selama lima hari diterbitkan, lagu Bukti telah mencapai bilangan penonton melebihi 10,000 penonton.

Rata-rata pendengar memuji alunan lagu ini yang syahdu dan menyentuh hati.

Seorang pendengar, Nur Syafiqah, menyatakan lagu ini lebih sedap didengar jika dialunkan dalam bahasa Arab.

"Kalau lagu ni full Arab, lagi nice and sedap .Tapi takpela memandangkan ni first album (first single), maybe mereka nak tarik orang minat lagu farha. As we all know , tak ramai orang suka lagu Arab . For first album (single) , not bad ada dwibahasa and Arabic part tu memang meletop . For second album (single), why not try buat full Arabic . Maybe akan trending sampai negara Arab,"ujarnya.

Seorang lagi wargamaya, Muhammad Hanafi, turut menyokong lagu ini.

"Aku pernah terbaca, dakwah ni kalau kita sampaikan dari hati akan sampai ke hati. Alhamdulillah sampai ke hati liriknya. Good job UNIC".


Farha merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Beliau berjaya memenangi Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 pada April 2019 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages