Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 August 2019

#cutibajet: Hotel 99 Sepang KLIA


Fobia kesesakan lalu lintas semasa cuti sekolah memang menghantui diri mereka yang tinggal jauh dari kampung halaman. Jadi, antara langkah yang boleh diambil ialah ‘transit’ sebentar di mana-mana lokasi terutama kawasan yang sudah memasuki fasa separuh perjalanan.

Bagi laluan selatan Semenanjung Malaysia ke arah utara Semenanjung Malaysia, antara hotel yang dicadangkan ialah Hotel 99 Sepang.

Hotel ni terletak di kawasan Kota Warisan, Sepang. Dah nama pun Hotel 99 Sepang KLIA,sudah pasti jarak dari hotel ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tak jauh antara satu sama lain. 

Jarak ke KLIA sekadar 12km dan mengambil masa 5 hingga 10 minit saja.

Kedudukan hotel yang strategik di Kota Warisan memudahkan pengunjung mendapatkan kemudahan asas seperti tempat makan, kedai runcit, klinik dan yang lebih penting, kurangnya kesesakan lalu lintas.

Jarak Hotel 99 Sepang sekadar 15km ke Sepang International Circuit dan 2.8 km menuju ke Xiamen University Malaysia.

Kemudahan di bilik hotel pula memang puas hati. Antara yang disediakan ialah peti ais, set coffee make, seterika, set toiletries, pengering rambut, televisyen dengan siaran satelit dan paling best, bilik air yang cukup selesa.

Set toiletries 

Set coffee

Design dalaman bilik pula memang up to date. Simple but nice. WiFi percuma mestilah ada disediakan.

Televisyen dalam bilik
Hiasan dalaman yang simple tapi moden

Bagi mereka yang transit di hotel dan mahu ke KLIA, pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang.

Harga bilik hotel serendah RM60. Kalau nak lagi murah, bandingkanlah dengan laman-laman web tempahan hotel seperti Agoda, Traveloka, Trivago dan sebagainya.Hotel 99 Sepang KLIA

Serius berbaloi bila menginap di hotel ni. Murah dan selesa. 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages