Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

28 July 2019

El Khadijah Cuba Nasib


Walaupun kehadiran artis nasyid wanita kurang menyengat berbanding artis nasyid lelaki namun itu bukan penyebab kepada kepupusan artis nasyid wanita.

El Khadijah, satu nama baru, mencuba nasib dalam industri nasyid Malaysia. Dibarisi tujuh ahli wanita, mereka tampil dengan sebuah single pertama, As-Syukran Allah. Salah seorang ahli kumpulan ini ialah Eda Fazilah, seorang bekas peserta Akademi Nasyid sekitar tahun 2001 lalu.

Lagu tersebut merupakan hasil karya sepenuhnya daripada penyanyi rock wanita, Royce Saayan.

Selain itu, kumpulan nasyid ini turut mendapat bimbingan vokal daripada Cikgu Siti Hajar, seorang guru vokal wanita yang terkenal di Malaysia.


Melalui lagu As-Syukran Allah, El Khadijah cuba mengetengahkan genre nasyid klasik sama seperti lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh kumpulan Hidayah, Al-Mizan dan Al-Jawaher suatu ketika dahulu.

Penggunaan muzik menggunakan alat perkusi cukup jelas dalam lagu ini.

Rakaman As-Syukran Allah telah dibuat di Loonaq Station manakala lagu ini diterbitkan oleh syarikat Nakhoda Alam Enterprise milik Royce Saayan.

El Khadijah bersama Royce Saayan semasa pelancaran single pertama mereka.

Pelancaran single ini telah diadakan pada Mei 2019 yang lalu. Single ini boleh didengar d laman web Youtube atau Islamic Tune.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages