Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

26 July 2019

LabbaikAllah: Inteam Kekal Dengan Nasyid Kontemporari

Inteam kekal dengan nasyid kontemporari.

Nasyid cukup sinonim sebagai penyeri bagi sambutan peristiwa-peristiwa dalam calendar Islam. Ketika musim bulan Ramadhan, ramai artis nasyid menerbitkan karya berkaitan puasa manakala apabila musim bulan Syawal, tema hari raya pula diketengahkan.

Namun tak banyak artis terutama artis nasyid yang menerbitkan karya mereka ketika musim ibadah haji. Lagu-lagu bertemakan ibadah haji boleh dikira dengan jari berbanding berkaitan puasa dan hari raya Aidilfitri.

Sempena musim ibadah haji bagi tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah, kumpulan Inteam mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah lagu berjudul Labaik Allah. Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Frizdan.

Diterbitkan Inteam Records Sdn Bhd, lirik lagu LabbaikAllah telah dimuat naik di laman YouTube sejak awal Julai 2019 lalu dan mencatat lebih daripada 16,000 tontonan.


Alunan muzik yang dibawakan Inteam nyata membuktikan bahawa genre nasyid yang asli masih relevan. Malah tak dinafikan Inteam merupakan antara artis nasyid yang tak ditelan zaman.

Hazamin dan Syahril sebelum berangkat menunaikan haji. Sumber: Facebook

Lagu LabbaikAllah ini lebih bermakna apabila ia diterbitkan ketika dua orang ahli Inteam iaitu Hazamin dan Syahril, turut bersama Jemaah haji Malaysia yang lain untuk menunaikan ibadah haji.

Inteam turut aktif dalam bidang keusahawanan melalui syarikat mereka, Inteam Marketing. Fokus mereka dalam bidang keusawahanan ialah menerbitkan produk makanan kesihatan Sunnah seperti habbatus sawda, susu unta dan sebagainya.

Manakala dalam bidang seni hiburan, Inteam sudah dua dekad berjuang dalam industri muzik nasyid, Inteam pernah meraih pencapaian jualan album tertinggi iaitu Kasih Kekasih pada tahun 2000 sebanyak 80,000 unit, diikuti Impian Kasih pada 2001 (50,000 unit) dan Damba Kasih pada 2003 (50,000 unit). 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages