![]() |
| View dari 'langit' |
Kali ini destinasi pilihan untuk di'review' ialah Adena Beach Resort, Beserah, Kuantan, Pahang. Resort ini bukanlah baru tapi diperbaharui. Dulu, nama resort ini ialah Le Village Resort, Kuantan.
Difahamkan, pengurusan lama telah menjual resort ni kepada pengurusan baru. Sebaik saja diambil alih, proses pembaikan sebanyak 90% dijalankan dan nama pun ditukar kepada Adena Beach Resort.
Resort ini terletak bersebelahan Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Resort ini menyediakan pakej sama ada berbentuk bilik, atau villa. Kalau sekadar bercuti dalam kuantiti ahli keluarga yang kecil, pakej bilik dah cukup.
Sempena cuti Hari Kebangsaan 2019, resort ini dipilih untuk relakskan minda. Pakej yang dipilih ialah bilik standard twin room. Harga sebenar untuk bilik ini ialah sekitar RM230 - RM280 tapi kalau nak percutian bajet, kena bijak gunakan aplikasi pintar. Dengan aplikasi, bilik jenis ni dapat dengan harga semurah RM130 - RM160 satu malam.
![]() |
| Standard Twin Room |
Pertama kali sampai sini, serius rasa best! Otak yang serabut dengan kerjaya, jadi lupa sekejap soal kerja. Memang berbaloi bila bercuti di sini.
Antara kemudahan yang ada kat sini ialah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, kafe, basikal percuma untuk pengunjung yang nak pusing sekitar resort, beach bar (untuk yang bukan Islam), tapak untuk sukaneka pantai, dan tempat untuk event.
![]() |
| Beach bar dan tempat riadah untuk sukaneka turut disediakan. |
Bagi yang nak buat hari keluarga, Adena Beach Resort memang berbaloi!
Sarapan pagi turut disediakan. Bagi bilik standard twin, antara kemudahan yang ada dalam bilik ialah katil (ini wajib), televisyen, set mandian, coffee maker dan kemudahan shower.
![]() |
| Kolam renang. |
Bagi yang ada anak, bolehlah mandi di kolam renang. Memang sesuai sangat sebab kolam tak dalam. Paras dada orang dewasa. Dan ada kolam untuk kanak-kanak.
| Yeah! Basikal untuk pusing pantai pun ada. |
Resort ni tak jauh dari pantai. Lebih kurang 200 meter je ke pantai. Waktu petang, bolehlah nikmati udara segar pantai sambil nikmati jajan (kena beli sendiri).
Adena Beach Resort menawarkan penginapan tepi pantai 13 km dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah. Dengan WiFi percuma, hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan kawasan pantai peribadi dan kaunter penerimaan tetamu 24-jam.
Taman Gelora berjarak 12 km dari Adena Beach Resort, manakala Taman Rekreasi Kuantan berjarak 13 km. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, 29 km dari penginapan.
Harap lepas ni masih ada rezeki nak 'repeat' tidur kat sini. Amin! - WARTAKOPI
Rate:
9 / 10






No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.