Selain lagu Sudirman, lagu-lagu nyanyian asal seorang lagi artis 'otai' yang cukup popular dengan lagu patriotik, Roy, turut kedengaran. Roy suatu ketika dulu amat dikenali menerusi lagu Sejahtera Malaysia, Bersatu Selamanya, Malaysia Berjaya dan banyak lagi.
Bagi anak-anak yang lahir era tahun 2000 ke atas, sudah pasti pernah mendengar lagu-lagu seperti Negaraku (Faizal Tahir feat Joe Flizzow, Sona One dan Altimet), Sayangi Malaysiaku (Bunkface), Gemuruh (Faizal Tahir), Bangkit (DJ Fuzz, Altimet, Salam Musik) dan banyak lagi.
Kalau kita renung dan 'bedah' lirik-lirik lagu terutama artis indie, rap serta rock, kita pasti akan sedar kebanyakkan lagu mereka ada mesej kenegaraan yang tebal.
ALUNAN PATRIOTIK DARIPADA PENASYID
"Aik, tak ada artis nasyid nyanyi lagu patriotik?"
Persoalan ini timbul tatkala lagu-lagu patriotik kedengaran pada musim Bulan Kebangsaan. Dalam menjawab persoalan ini, maksud patriotik itu perlu difahamkan terlebih dulu.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Patriotik membawa maksud bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.
Sejak zaman kegemilangan nasyid pada era Al-Arqam, diikuti zaman kebangkitan nasyid ketika kemunculan kumpulan Raihan pada tahun 1997, lagu-lagu nasyid bersifat kenegaraan sudah wujud.
Misalnya, kumpulan NadaMurni pernah menerbitkan sebuah album berjudul Malaysiaku Indah pada tahun 1993. Album ini memuatkan tujuh lagu iaitu Malaysia Cemerlang, Jasa Petani, Hati Yang Gersang, Untuk Para Mujahid, Ekonomi Islam, Pengantin Baru dan Kasih Sayang.
![]() |
| Album Malaysiaku Indah daripada NadaMurni (1993) |
Kumpulan Raihan sendiri pernah menerbitkan lagu Bersatu dalam album Senyum (1999) yang penuh dengan maksud tersirat dan tersurat.
Brothers melalui album Satu Perjuangan (1999) juga tak ketinggalan menyampaikan mesej-mesej patriotik.
Cuma selepas era tahun 2000, lagu-lagu nasyid patriotik tak kelihatan dengan jelas. Era tersebut, genre nasyid lebih memilihkan tema persahabatan, percintaan, pendidikan, keinsafan dan elemen-elemen selawat yang akhirnya mencetus persoalan ke mana hilangnya roh patriotik dalam lagu nasyid.
![]() |
| Soutul Amal pernah buat kejutan terbitkan lagu Negaraku versi audio mereka |
Kemarau hilangnya lagu-lagu nasyid patriotik sedikit hilang apabila Soutul Amal tampil dengan album Untukmu Pejuang (1998). Album ini mengandungi lagu yang sarat dengan tema perjuangan dan patriotik. Antara lagu patriotik yang terdapat dalam album ini ialah Negaraku, Bangkit Pertahan, Malaysia Sejahtera, Maju Berkat Sejahtera, dan Semarak Perjuangan.
Kemunculan Fetya dengan lagu Harapan Ummah, Sujud Merdeka, dan Obor Semangat melalui album Kesaksian (2015) .Tak kurang juga lagu-lagu seperti Suara (Mirwana).
Namun, semua ini ibarat 'air' yang tak cukup dalam memberi gambaran artis-artis nasyid juga berjiwa patriotik. Tak dinafikan sikap stesen televisyen dan radio yang kurang memberi perhatian terhadap artis-artis nasyid menyebabkan lagu nasyid patriotik yang sedia ada, kurang dikenali orang.
Tema dalam genre nasyid perlu diubah supaya orang ramai tidak melihat nasyid ini sekadar berkisarkan persahabatan, percintaan, pendidikan, keinsafan dan elemen-elemen selawat. Bukan dibuang tapi diubah dan dipelbagaikan.





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.