Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 August 2019

#MunsyidCilik: OVA Production Pencetus Nasyid Kanak-Kanak

[RETRO] [Bahagian 2] Sekitar tahun 1990 - 1996, muncul banyak album nasyid kanak-kanak dalam bentuk kaset memberi kesan sehingga kini. Nama jolokan 'zaman kaset RM6' diberikan ketika itu memandangkan album-album nasyid boleh dibeli dengan harga semurah RM6 dalam bentuk kaset.

Lagu-lagu nasyid kanak-kanak seperti Ummiku Sayang, Di Pondok Kecil, Di Sini Kami Berkumpul dan banyak lagi masih dialunkan sama ada oleh artis-artis nasyid terkini mahupun dipertandingkan dalam pertandingan nasyid di sekolah.

Kemunculan artis-artis nasyid cilik bermula melalui kegigihan syarikat rakaman OVA Production dalam menerbitkan produk seni Islam untuk golongan kanak-kanak. Malah, syarikat milik pergerakan al-Arqam ini juga menjadi pencetus awal penghasilan album-album nasyid kanak-kanak.

NadaMurni II

Ketika itu, antara penerbit album nasyid kanak-kanak yang terkenal ialah Isman Nadim (Hijjaz) yang ketika itu merupakan anggota NadaMurni. Antara artis nasyid kanak-kanak yang pernah muncul di bawah naungan OVA Production ialah Soutus Sofwa, NadaMurni II, dan Mawardah.

Semua artis cilik ini berpusat di perkampungan al-Arqam di Madrasah Kebudayaan dan Kesenian Islam(MAKSI), Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.

Album nasyid cilik terawal

Sebelum mempunyai nama rasmi, kebanyakkan artis nasyid al-Arqam menggunakan nama Putera-Puteri Yayasan al-Arqam. Bagi edisi kanak-kanak, antara album yang terawal diterbitkan ialah Allah Maha Pencipta (1990), dan Nasyid Tadika Islam al-Arqam (1990).

Penerimaan orang ramai terhadap NadaMurni menyebabkan Putera-Puteri Yayasan al-Arqam (kanak-kanak) menubuhkan kumpulan mereka tersendiri. Maka lahirlah kumpulan NadaMurni II.

Album NadaMurni II

Nama NadaMurni II diberikan bagi membezakan antara NadaMurni dewasa dan kanak-kanak. Kumpulan ini sempat melahirkan dua buah album, Adik-Adikku Sayang (1991) dan Dengarlah Sayang (1993). Kulit album Adik-Adikku Sayang  dilukis oleh Pn.Norjannah Dinie.

Album-album Soutus Sofwa. Sumber: OVA Production dan Pak Abu Hanifah

Perjalanan kumpulan ini diteruskan melalui penjenamaan semula menjadi Soutus Sofwa. Kumpulan ini pernah menghasilkan dua buah album, Akhlak Mulia dan Indahnya Ciptaan Tuhan (1994). Ada antara anggota kumpulan ini merupakan anak-anak kepada pengasas al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad.

Album Mawardah, Ummiku Sayang

Satu lagi artis cilik yang pernah wujud ialah k.umpulan Mawardah, Album mereka, Ummiku Sayang pada tahun 1994. Vokal utama kumpulan ini terdiri daripada Ummu Atiqah, Ummu Hani, Ummu Nasibah, Siti Fatimah dan Siti Sumaiyah. Lagu Ummiku Sayang sering kali dinyanyikan oleh penasyid sekolah sehingga kini.

Tak banyak info diperoleh mengenai artis nasyid cilik era al-Arqam. Malah khazanah kaset-kaset mereka sukar untuk dicari. Bagi yang ada info lebih untuk dikongsi, amat dialu-alukan.

1 comment:

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages