Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

23 August 2019

Energy Pertaruhkan Muslim Pop

Ada Dirimu daripada Energy

Energy, sebuah kumpulan yang terdiri daripada tiga ahli iaitu Hafizi, Fendi dan Hamizan.

Pertemuan antara ahli kumpulan ini bermula semasa masih menuntut di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kuala Terengganu suatu ketika dahulu.

Sebaik saja tamat pengajian, mereka sepakat menubuhkan Energy pada tanggal 12 April 2018.

"Sebelum ini, Energy telah menggunakan banyak nama. Tapi dalam banyak nama, Energy digunakan sesuai dengan konsep Muslim Pop,"ujar mereka dalam satu bual bicara Sembang Teh Tarik Bersama Energy di laman Facebook.

Sesuai dengan imej 'simple', Energy cuba mengetengahkan konsep genre Muslim Pop.

Menurut mereka, pemilihan Muslim Pop dibuat bagi menarik minat masyarakat kepada lagu ketuhanan.

"Asalnya kami nak buat sebuah kumpulan nasyid. (Tapi) trend sekarang ramai yang minat K-Pop. (Jadi) hasil perbincangan dengan seorang guru vokal, kami ambil trend tersebut untuk ditukar kepada Muslim Pop," ujar mereka lagi.

Bernaung di bawah Soutul Amal Records, Energy memulakan langkah awal menghasilkan single pertama mereka, Ada Dirimu. Lagu ini telah dimuat naik di laman Youtube sejak 6 Julai 2019 dan telah menerima lebih lapan ribu penonton.

Pertama kali mendengar lagu ini, imej nasyid masih tebal dalam diri Energy. Malah alunan vokal Energy masih lagi dibayangi genre nasyid yang kuat. Tapi lagu ini tidak mengecewakan kerana mempunyai kekuatan vokal yang baik serta muzik yang segar.

Ada Dirimu merupakan percubaan awal yang baik. Dari segi konsep, diharapkan lebihkan lagi perbezaan antara Muslim Pop dan nasyid. Keberanian untuk eksperimental genre muzik perlu diperhebatkan lagi.


Ada Dirimu merupakan hasil karya Tisya manakala liriknya ditulis oleh Alfa Booty dan J.Ratno. Rakaman lagu ini telah dilakukan di Rumie Music Lab dan diterbitkan oleh Energy Entertainment serta Soutul Amal Records.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages