Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

20 August 2019

Cahaya Hati Maju Ke Hadapan


Kehadiran album sulung, Pasrah, pada tahun 2018 merupakan salah satu bukti komitmen Cahaya Hati dalam industri nasyid di Malaysia.

Mula ditubuhkan pada 1 Mei 1998 di Taman Perwaja Geliga Kemaman dengan kekuatan seramai 15 orang anggota yang terdiri daripada anak-anak pekerja Perwaja dan pada ketika itu.

Kelahiran album tersebut dilakukan atas rasa perlunya mereka mengabadikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri dalam sebuah album.

Dalam keadaan industri muzik Malaysia yang kurang penerbitan album baru berbanding single lagu, Cahaya Hati boleh diberi pengiktirafan apabila album Pasrah bukan sahaja terjual melebihi 1000 unit, tapi turut berjaya memasuki cetakan kedua.

Pasrah, antara lagu terbaik Cahaya Hati

Segala usaha penerbitan album mereka dibuat secara sendiri oleh kumpulan ini melalui syarikat mereka, Cahaya Hati Production yang berpusat di Kemaman, Terengganu.

"Tapi jangan bandingkan album CH (Cahaya Hati) dengan artis-artis nasyid hebat ya. Cahaya Hati ni buat sendiri dengn kepakaran yang terbatas.Bukan kepakaran sahaja, (tapi) kos pon terbatas,' coret ketua kumpulan Cahaya Hati, Roslan Darus di laman Facebooknya.

Pejabat Cahaya Hati yang turut mempunyai studio rakaman. Sumber: Cahaya Hati

Selain daripada menerbitkan album, Cahaya Hati melalui Cahaya Hati Production turut menyediakan perkhidmatan studio rakaman dan persembahan di majlis-majlis tertentu. Malah studio ini turut diibaratkan pusat latihan nasyid bagi kumpulan-kumpulan nasyid di Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages