Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

18 August 2019

#MunsyidCilik: Pernah Warnai Nasyid Malaysia (Bah. 1)

[RETRO] Jarang sekali vokal kanak-kanak yang 'sumbang'. Faktor usia menjadikan suara kanak-kanak sentiasa 'power' dan diterima orang ramai.

Muzik nasyid di Malaysia pernah diceriakan dengan kehadiran artis-artis nasyid kanak-kanak ini.

1. KUMPULAN AEMAN

Kumpulan Aeman antara munsyid cilik yang cukup 'power'. Ditubuhkan pada 1 Mac 1999, mereka merupakan artis pertama hasil didikan Hijjaz. Ada dua generasi Aeman. Generasi pertama dianggotai Tamlikha, Ihsan, Nazaruddin, Afdhaluddin dan Daud.

Album-album Aeman

Album sulung mereka, Alif.Ba.Ta (1999) menampilkan lagu popular, Terima Kasih Ibu Ayah, Alif Ba Ta dan Anak Derhaka.
Aeman (2001)

Album kedua, Iman (2001). Dalam album ini, Tamlikha dan Afdhaluddin telah berundur. Manakala Safwan menyertai Aeman. Album ini merupakan antara album Aeman yang paling 'power'. Vokal Safwan yang mantap menjadikan hampir semua lagu dalam album ini tak bosan didengar. Antara lagu hits yang popular hingga kini ialah Buatmu Ibu, dan Jangan Lupa Sembahyang.

Generasi kedua

Aeman diteruskan dengan generasi kedua yang dianggotai Anas, Zamri, Kareem dan Hazmirul. Allahyarham Hazmirul meninggal dunia pada 23 Disember 2009.

Album ketiga, Permata Ayah Bonda (2006) menampilkan lagu hits seperti Di Pondok Kecil, Ayah, dan Anak Soleh. Album ini boleh dikatakan album kedua 'power' daripada Aeman.

Album keempat, Cahaya Hati (2006) diteruskan oleh generasi kedua ini. Namun album ini kurang menyerlah. Pada tahun 2015, muncul sebuah album berjudul Asas-Asas Fardhu Ain daripada Aeman Junior. Tak dapat dipastikan sama ada mereka ini kumpulan Aeman atau sekadar projek khas.

2. KUMPULAN SIDDIQ

Album Siddiq, Berkata Benar

Kumpulan Siddiq merupakan artis keluaran Telaga Biru Sdn Bhd.Dianggotai 6 orang murid dari Sekolah Islam Tijarah. Vokal Siddiq tidaklah sehebat Aeman namun lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Berkata Benar (1999) tak kurang hebat.

Antara lagu yang pernah mengangkat nama Siddiq ialah Dengan Nama Allah, Ummiku Sayang, dan Berkata Benar.

3. KUMPULAN KASTURI

Album sulung Kasturi

Artis naungan Music Post Records (1998) ini pernah tampil dengan album sulung, Kasturi (1998). Ketika itu, era nasyid sedang meletup. Difahamkan kumpulan nasyid ini merupakan anak didik Zainudin (Jauhari). Album ini turut menggunakan khidmat kumpulan nasyid Jauhari sebagai penerbit album.

4. KUMPULAN KURNIA

Album Kurnia

Kumpulan ini boleh tahan hebatnya. Sekitar tahun 1998 - 1999, lagu-lagu mereka sering kali dimainkan di stesen TV1 sebelum solat Jumaat. Dianggotai Hafeez, Jaafar Onn, Sharul Efendi, Nazri, Mohd. Nurfazlishalihin, Mohd. Arif dan Mohd. Syarahmat, lagu popular kumpulan ini ialah Ingatkan Tuhan, dan Fajar Yang Suci. Mereka hanya sempat tampil dengan sebuah album, Kurnia (1998) terbitan Kirawang. 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages