Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

14 September 2019

V: Sumpah Pendekar Yang Penuh Mesej

Joe (Guitars), Redone (Vocals), Earth (Drums), Dauz (Bass), Zakie (Guitars)

Heavy metal, itulah aliran muzik yang digambarkan dengan sebuah band dari negeri Melaka, iaitu V.

Bagi peminat band-band seperti Helloween, Gamma Ray, dan Hammerfall, tak salah rasanya mencuba resepi muzik daripada band tempatan.

V sebenarnya telah bermula sejak tahun 2006 dengan nama Trauma. Vokalis V, RedOne asalnya adalah daripada kumpulan Nazra.

Menurut laman Era Rock Kapak (ERK), muzik V dipengaruhi pelbagai adunan genre muzik.

"Secara umumnya Sumpah Pendekar lebih berinspirasikan dengan nuansa power metal, heavy metal dan speed metal seraya disulami dengan elemen nusantara kemelayuan yang menjadi penanda aras kepada album ini," petikan daripada laman ERK

Album sulung V, Sumpah Pendekar, telah dilancarkan pada 8 Disember 2018 di Ultimate Blast Studio, Taman Lestari Perdana,Seri Kembangan, Selangor.

Album sulung V, Sumpah Pendekar.

Sumpah Pendekar telah melalui perjalanan yang panjang. Proses rakaman album ini telah bermula kira-kira sepuluh tahun lalu (bermula 2009) di beberapa buah studio seperti Andy Studio, Stallin Studio dan Sahabat Studio. Proses adunan dilakukan oleh Rahmad Kamikaze di RK39 Mixing Lab manakala proses mastering dilakukan oleh Steve Corrao di Sage Audio Mastering USA.

Proses yang lama sebenarnya telah memberi kesan yang cukup berbaloi. Tema album Sumpah Pendekar yang lebih ke arah perjuangan, keMelayuan dan kemanusiaan menjanjikan album ini sebuah karya yang keras tapi bermesej.


Perjalanan trek album Sumpah Pendekar bermula dengan Intro, Khalifah Alpa, Janji Khalifah, Sumpah Pendekar, Kehancuran, Pemergian, Maruah Bangsa, Rintihan Kota Jihad, Makam Mulia dan Painkiller (Judas Priest cover).

Bagi peminat lagu berentak ketuhanan dan perjuangan, tak salah memiliki album kumpulan V ini. Rentak muziknya lebih kurang Al Farabiband. Cuma imej saja yang berbeza.

Selain diterbitkan dalam bentuk format digital seperti Spotify, Deezer, i-tunes dan banyak lagi serta turut diterbitkan dalam bentuk fizikal (CD).  Album ini diterbitkan oleh Karisma Production. Sumpah Pendekar, sumpah best!

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages