![]() |
| Album Zikir Buat Hati. Sumber: Facebook KD Sofea |
Nama KD Sofea mungkin kurang dikenali peminat muzik arus perdana tanah air. Bagaimanapun, nama penyanyi wanita ini mula dikenali dan diterima baik peminat di Johor, salah satu lubuk kelahiran bakat-bakat penyanyi di Malaysia.
Sekitar tahun 2015, KD Sofea pernah hadir dengan album pecubaan pertamanya, Zikir Buat Raneeya bersama Allahyarham Azhan Atan dan suaminya, Syed LJ.
Kemudian, pasangan ini memberanikan diri tampil dengan single pertama berjudul Tercipta Buatmu dan seterusnya single kedua berjudul Bukan Dia.
Penerimaan peminat yang menggalakkan menjadi pendorong kepada KD Sofea untuk tampil dengan album sulungnya berjudul Zikir Buat Hati.
![]() |
| KD Sofea bersama suaminya, Syed LJ. Sumber: Harian Metro |
Album ini memuatkan 11 trek iaitu Bacaan Surah, Ya Rabba Makkah, Zikir Buat Raneeya, Zikir Fatimah, Zikir Hasbi Rabbi, Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir, Ya Ghaffar, Surah Az-Zumar, Rasulullah, Ahmad Ya Habibi dan Cinta Yang Sama.
Zikir Buat Hati merupakan sebuah album berkonsepkan zikir muzikal. Setiap zikir dialunkan bersama alunan muzik yang lebih bersifat moden. Kiranya album ini berbeza dengan beberapa buah album zikir yang pernah hadir di pasaran muzik Malaysia.
Konsep muzik moden menjadikan album ini sentiasa segar dan tak tergolong dalam kategori 'ubat tidur'.
Daripada 11 trek yang terkandung dalam album ini, beberapa trek menjadi pilihan iaitu Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir, Zikir Buat Raneeya, Rasulullah, Ahmad Ya Habibi dan Cinta Yang Sama.
Zikir Buat Raneeya difahamkan merupakan satu zikir yang dirakamkan khas buat cahaya mata Syed LJ dan KD Sofea. Manakala lagu Rasulullah dan Ahmad Ya Habibi merupakan rakaman semula dari lagu nasyid lama.
Cinta Yang Sama pula merupakan lagu bonus nyanyian KD Sofea bersama suaminya.
Setiap alunan zikir dan lagu dalam album ini sesuai untuk semua golongan umur. Kekuatan vokal KD Sofea yang merdu cukup ngam dengan konsep album ini.
Album Zikir Buat Hati merupakan karya terbitan SKD Entertainment Services dan MV Production. Album ini boleh dibeli secara terus melalui KD Sofea atau suaminya, Syed LJ melalui Facebook mereka.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.