Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

16 September 2019

Al-Wahida: Permulaan Kumpulan Nasyid Far East

[RETRO] Kalau sebut lagu Menanti Di Barzakh, ramai peminat nasyid tahu lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan Far East.

Al-Wahida. Foto: Majalah YES 1998

Sebelum kumpulan Far East wujud, vokalis asalnya, Ahmad Fadzli, pernah bersama sebuah kumpulan nasyid dari Perlis yang dinamakan sebagai Al-Wahida.

Al-Wahida ditubuhkan sekitar tahun 1996 dan dianggotai empat belas ahli yang terdiri daripada penyanyi dan pemuzik.

Tujuh orang pemuzik ialah Rijal, Fadzil, Helmi, Suhaimi, Azam, Zuraidi dan Saiful makalah penyanyi terdiri daripada tujuh orang iaitu Zamani, Mahalil, Razak, Rozie, Kamal, Fadzli dan Deen.

Kumpulan nasyid Al-Wahida merupakan kumpulan nasyid terawal bernaung di bawah syarikat Al-Wahida Marketing Sdn Bhd, anak syarikat HPA Industries.

Ketika ditubuhkan, kebanyakkan ahli Al-Wahida ini merupakan para pekerja HPA, pelajar serta bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) (ini UiTM).

Pada tahun 1998, kumpulan ini pernah tampil dengan album sulung berjudul Sinar Cemerlang. Album ini dirakamkan di HITS Studio dan diterbitkan sendiri oleh Al-Wahida.

Album Sinar Cemerlang

Album ini memuatkan sepuluh buah trek iaitu Muqadimah Bacaan al-Quran dan Selawat, Muhammad Ya Rasulullah, Ukhwah Sejati, Jasa Ayah dan Ibu, Ahlan Bina, Sinar Buatmu, Mutiara Ilmu, Pesanan, Perantau, dan Munajat.

Hampir semua lagu dan lirik dalam album Al-Wahida ini merupakan karya ciptaan Ahmad Fadzli.

Hayat al-Wahida dalam hiburan tak lama. Kumpulan ini berkubur tanpa nisan. Sebaik saja Al-Wahida 'menyepi', Ahmad Fadzli menubuhkan kumpulan nasyid Far East.

Bersama Far East, beberapa lagu nyanyian asal Al-Wahida dirakamkan semula. Antaranya ialah Ukhwah Sejati, Ahlan Bina, Perantau dan Muhammad Ya Rasulullah.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages