![]() |
| Kumpulan SAJA. Sumber: Facebook |
Berkonsepkan local fusion band, kumpulan SAJA dianggotai Tuah (vokal/keyboard),Faisal Firdaus (vokal/keyboard), Syafiq (vokal/lead guitar), Akmal (vokal/second guitar), Ezad (bass) dan Faiz (dram).
Menariknya, kebanyakan anggota SAJA ini pernah bersama beberapa kumpulan nasyid sebelum mereka membentuk SAJA.
Akmal merupakan anggota Mirwana, Syafiq (Nur One), dan Faisal, Faiz (Muslim Voice). Langkah mereka bersama SAJA bukan bermaksud mereka meninggalkan kumpulan asal.
Cumanya, dari sisi yang lain, kewujudan SAJA boleh dianggap satu 'pemberontakan' muzik ketika mereka bersama kumpulan nasyid masing-masing. Bakat yang terpendam perlu diterjemahkan dalam alam realiti.
![]() |
| Imej SAJA yang bervariasi. Sumber: Facebook SAJA |
SAJA bermula dengan menghasilkan beberapa single lagu, akhirnya pada tahun 2019 album penuh mereka muncul mewarnai dunia muzik Malaysia.
Album berjudul Burung Gagak Tua ini menampilkan sebelas buah lagu. Keberanian mereka untuk tampil dengan album penuh dan diterbitkan secara fizikal memang patut diberi tabik hormat!
Sebelas trek yang mewarnai album ini ialah Burung Gagak Tua, Gadis, Cari Cinta Di Mana Dia, Aku Yang Kau Lupa, Aina, Dia Cahaya, Tarapapa Hey (Ole) feat Ultras Malaya, Ku Jadi Diriku, Penanggung Rindu, Ku Jatuh Cinta dan Memilikimu feat Dean Eiman.
'Melayan' semua sebelas trek ini nyata tak membosankan. Walaupun SAJA ini dibarisi ahli yang turut bersama beberapa kumpulan nasyid namun muzik yang dibawa oleh SAJA nyata berbeza.
Muzik dalam album ini cukup bervariasi, dimulakan dengan lagu Burung Gagak Tua sehinggalah Memilikimu. Elemen muzik catchy (rancak), balada ala jazz, dan pelbagai lagi semuanya diadunkan dalam album ini.
Lagu yang boleh diketengahkan dalam album ini ialah Burung Gagak Tua, Cari Cinta Di Mana Dia, Aku Yang Kau Lupa, Tarapapa Hey, Penanggung Rindu dan Aina.
Album secara fizikal boleh dibeli secara terus melalui laman rasmi Facebook SAJA. Burung Gagak Tua diterbitkan oleh - WARTAKOPI
10/10




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.