Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 February 2020

Far East Buat Reunion Demi 'Pewaris'


Setelah melalui fasa pertukaran ahli, kumpulan nasyid Far East akhirnya membuat 'reunion' demi merealisasikan sebuah single terbaru mereka.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Menanti Di Barzakh menerusi album ketiga mereka, Halawatul Iman, kini bersatu kembali menerusi lagu terbaru berjudul Pewaris.

Pewaris merupakan sebuah rakaman khas yang didedikasikan buat Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang berjudul Pewaris. Selain ditujukan kepada Allahyarham, lagu tersebut juga didedikasikan kepada semua para murabbi umat yang telah pergi meninggalkan kita termasuk juga dua lagi adik-beradik ulama tersohor ini iaitu Allahyarham Ustaz Ishak Din dan Allahyarham Datuk Seri Abu Hasan Din Al Hafiz.

Inisiatif Far East yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Shairiman Badzri, Nabil Ahmad dan Azwan Ibrahim menjemput bekas anggota lama Fareast iaitu Ahmad Fadzli dan Naim Helmi akhirnya berjaya melahirkan Pewaris.

"Alhamdulillah, kejayaan kami baru-baru ini meraih anugerah bagi kategori Vokal Terbaik dan Lirik Terbaik dalam acara Anugerah Nasyid IKIM telah membakar semangat kami untuk terus menghasilkan karya baru," kata Azwan.

"Kebetulan pula, kami sudah lama terlibat dengan beberapa acara anjuran Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussyifa' yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan pernah mengadakan persembahan nasyid di hadapan beliau dahulu.


 “Pihak persatuan telah bersetuju untuk kami menghasilkan sebuah lagu tribut untuk Allahyarham," tambah Nabil yang juga merupakan anak saudara kepada pengasas Darussyifa ini.

Langkah reunion Far East ini nyata berbaloi apabila jumlah penonton lagu Pewaris ini telah melebihi 28 ribu tontonan sejak dilancarkan pada 7 Februari 2020.

Lagu berjudul Pewaris adalah gubahan saudara Ahmad Fadzli sendiri manakala liriknya adalah karya penulis lirik nasyid terkenal Ito Lara.

Lagu yang menyentuh hati ini boleh ditonton menerusi laman Youtube Inteam Digital. 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages