Berkapisiti memuatkan 604 pesakit pada satu-satu masa, dua buah dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) berjaya direnovasi menjadai pusat rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19.
![]() |
| Khidmat kaunter jururawat |
Menariknya, dua buah dewan ini hanya mengambil masa empat hari untuk direnovasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan. Dua buah dewan ini masing-masing berukuran 9,600 meter persegi dan 3,600 meter persegi.
Kedua-duanya akan digunakan sebagai pusat kuarantin dan rawatan bagi pesakit COVI-19 yang mempunyai simptom ringan atau tidak mempunyai simptom.
Berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, beliau memaklumkan pusat ini bakal menempatkan pesakit dari Lembah Kelang, Perak dan Negeri Sembilan.

| Lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dewan MAEPS |
Dalam satu artikel yang diterbitkan portal Twentytwo13, Ketua Pegawai Operasi MAEPS Norafizah Rahman berkata pihaknya memang sudah mahir untuk mentransformasi dewan-dewan di bawah pengurusannya ini berdasarkan acara, seperti konsert dan pemeran automotif.
Tetapi beliau tidak menyangka, pihaknya berupaya untuk mengubahkan ruangan ini kepada pusat rawatan hanya dalam tempoh empat hari.
Dewan MAEPS ini mula direnovasi pada 27 Mac 2020 dan siap pada 30 Mac 2020. Kini, pusat rawatan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memaksimakan keselesaan para petugas dan pesakit.
Sumber gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.