Album berjudul Marhaba tersebut merupakan terbitan Arteffects Media Group (AMG) dan merupakan sebuah album bertaraf antarabangsa. Album ini dijangka mula menemui peminat apabila dilancarkan secara rasmi ke seluruh dunia mulai 21 Ogos 2020.
Khabaran ini disampaikan sendiri oleh Hafiz Hamidun di laman sosial Facebooknya pada 24 Januari 2020.
"Seminggu di Istanbul, siapkan rakaman album baru. MasyaAllah, it’s going to be fantastic! Thanks Istanbul - see you again soon insyaAllah," menurut catatan Hafiz Hamidun.
Album ini bakal memuatkan 13 trek iaitu Tola’ al-Badru ‘Alaina, Mawlan Siwallah, Tholama Asyku Ghoromi , Ya Imam Ar-Rusli, Khairal Bariyyah, Hijrah Rasulullah, Ahmad Ya Habibi, Qamarun, Man Sagher Habitak, Marhaban (Remastered), Rampai Selawat (Remastered), Yang Dinanti (Remastered) dan Penyelamat Ummah (Remastered).
Kali terakhir Hafiz Hamidun tampil dengan album solo ialah pada tahun 2018 menerusi album Nur - Zikir Terapi IV.
“Assalamualaikum @HamdeeHafiz – Moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna. @hamdeehafiz ❤️,” tulisnya.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.