Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

11 April 2020

Mesej Afliq Melalui 'Corona'


Judul: Corona
Lirik & Komposer: Miqdad (Afliq)

Kali terakhir mereka mengisi ruang industri nasyid ialah pada tahun 2016 menerusi lagu pertama mereka, Kasyaf. Ketika itu mereka berada di bawah label Loonaq Records.

Kehadiran Kasyaf kurang diketahui para peminat nasyid walaupun lagu tersebut cukup unik dan menarik. Langkah Afliq tak berhenti. Mereka terus melangkah dalam industri muzik yang penuh mencabar ini.


Tatkala wabak Coronavirus 19 (Covid-19) melanda dunia, Afliq tampil mengisi ruang industri nasyid menerusi lagu Corona. Corona merupakan cetusan idea asal daripada salah seorang anggota mereka, Miqdad ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan.

Struktur lagu Corona lebih bersifat santai dan mudah difahami masyarakat. Selitan petikan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menampakkan arah tuju mesej lagu ini terhadap masyarakat tatkala wabak Covid-19 ini belum hilang sepenuhnya.

Penerapan unsur rap membolehkan semua lapisan pendengar menghayati dengan jelas bait-bait lirik Corona. Unsur rap juga berjaya menyegarkan lagu ini selain memenuhi citarasa muzik masa kini.


Difahamkan lagu berdurasi 2.07 minit ini dirakamkan menggunakan telefon bimbit sahaja. Rakaman suara setiap anggota dikumpulkan secara atas talian dan digabungkan menjadi alunan vokal harmoni melalui proses mixing serta mastering oleh Salahuddin (Afliq).

Afliq merupakan kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada tahun 2013. Kumpulan ini dibarisi lima anggota iaitu Salahuddin, Muhammad Amirul Asraf Rahimi, Ahmad Noor Deedat Noor Azman, Mohd Miqdad Idris, dan Ahmad Shamsul Effendi Abd Aziz.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages