Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

09 May 2020

'Ratapan Ramadhan' Signal Afliq Buat Pendengar

Lagu: Ratapan Ramadhan
Artis : Afliq
© 2020 SIGMA Entertainment

Afliq bukanlah satu nama baru dalam industri nasyid. Mereka telah muncul sejak tahun 2016 menerusi single pertama mereka, Kasyaf.

Nama Afliq mula menjadi sebutan apabila karya mereka sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Corona, mula tular di laman-laman sosial sejak Mac 2020 lalu.

Sempena bulan Ramadhan, Afliq sekali lagi tampil dengan hasil seni terbaru mereka, Ratapan Ramadhan.

Bermelodikan pop balada nukilan Deedat (Afliq), bait lirik Ratapan Ramadhan sentuhan seni Putra Asyraf mampu menyentuh emosi pendengar.

Ramadan ini mungkin sepi
Ramadan ini mungkin akan sunyi
Tapi jangan kita tinggalkan
Nikmat dan hikmah Ramadan 
Ku menadah tangan dan berdoa
Agar semuanya sempurna
Ku mendambakan kekuatan
Mengharungi Ramadan

Korus Ratapan Ramadhan cukup kena dengan situasi semasa . Ia seolah sinonim dengan senario bulan Ramadhan pada tahun ini yang disambut ketika pandemik Coronavirus-19 (COVID-19) belum berakhir.

Sepi, itulah realiti senario melanda masjid-masjid di seluruh negara ketika menghadapi pandemik ini. Tanpa solat berjemaah di masjid, tanpa kemeriahan bazar Ramadhan, tanpa majlis iftar yang besar menjadikan Ramadhan kali ini lain dari yang lain.

"Ramadan tahun ni berbeza. Terawih berjemaah di surau masjid tak ada, bersahur dan berbuka puasa di kampung bersama keluarga pun tak ada. Bahkan masih terasa kehilangan orang tersayang dalam bulan mulia ni. Allah...luluh, meratap sayu dalam hati, meruntun meronta jiwa dengan semua yang berlaku. Macam mana nak ku lalui Ramadan tahun ini..adakah masih tersisa nikmat Ramadan?" - AFLIQ.

Lagu ini hadir kiranya merupakan satu signal buat para pendengar untuk muhasabah diri terhadap nikmat Ramadhan yang masih ada.


Kehadiran single ini difahamkan bukan saja untuk halwa telinga pendengar di Malaysia, malah turut ditujukan buat pendengar di Singapura, Indonesia dan Brunei. Untuk Ratapan Ramadhan, Afliq berjaya buktikan kemampuan seni mereka. Mereka mampu pergi lebih jauh lagi dalam industri nasyid!

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages