Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

11 June 2020

Ada Sebab Najdi Berundur Daripada UNIC

UNIC kini berdua
Kumpulan nasyid UNIC kini tinggal berdua apabila salah seorang anggotanya, Najdi, mengumumkan berundur daripada kumpulan tersebut. Pengumuan tersebut diumumkan oleh Najdi sendiri di laman sosial Instagramnya.

Najdi berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira masa depan bersama isteri dan tiga cahaya mata.

"Pandemik Covid-19 sudah tentu sangat memberi kesan kepada industri hiburan khususnya nasyid. Saya sangat merindui detik memegang mikrofon menghiburkan anda dengan 'punchline' dan 'showmanship', namun ia mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih.

"Jadi saya terpaksa membuat keputusan demi isteri saya yang tercinta, serta tiga cahaya mata saya yang indah yang banyak membahagiakan saya sepanjang tiga bulan ini.

"Saya yakin UNIC mempunyai peminat lama dan baru yang sangat menghargai UNIC, mungkin kehadiran saya mengguris peminat lama, namun begitu 'survival' UNIC perlu diteruskan demi keperluan peminat baru yang sangat dahagakan muzik rohani.

"Dengan itu saya juga memohon maaf kepada yang terguris dengan saya secara sedar atau pun tidak. Tidak dilupakan juga seribu penghargaan @familiunic yang byk menyokong UNIC," katanya.

Najdi walau bagaimanapun menafikan mempunyai masalah dalaman bersama anggota UNIC yang lain.

Menurut Harian Metro pula, salah seorang anggota UNIC, Fakhrul, turut terkejut menerima khabar tersebut.

"Selepas dia hantar mesej yang sama dalam Instagram, dia terus 'left group' (keluar kumpulan WhatsApp). Saya pun tak sempat nak bertanya apa-apa lagi secara peribadi.

 "Sepanjang tahun ini sehinggalah PKP dan PKPB, dia tidak ada cakap pun nak keluar UNIC. Cuma, mungkin sepanjang tempoh itu dia berfikir panjang. Kita faham keputusan dibuat untuk diri sendiri dan keluarga. Lagipun, UNIC pun tidak ada aktiviti. Jadi, dia perlu fikir benda lain untuk keluarga. Jadi, dia mungkin mahu lebih fokus pada itu. Takkan nak selamanya menyanyi. Kami hormat keputusan yang dibuat," katanya.

"Keputusannya kami hormati. Kami mendoakan Najdi terus berjaya dengan apa sahaja yang dilakukan. "Setakat ini, perjuangan UNIC diteruskan bersama saya dan Bazli," kata Fakhrul.

Najdi sebelum ini pernah menyatakan hasrat berundur daripada UNIC pada tahun 2018 namun menarik balik keputusannya.

Sejak ditubuhkan pada 2002, anggota UNIC bersilih ganti yang pernah dianggotai Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Ahmad Fadzli Abd Aziz, Syed Mohd Azlan Syed Amiruddin, Wan Syarifuddin Wan Hassan dan Mohd Afendi Jahri.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages