Album: Peralihan
Unik, itulah gambaran jelas buat Generasi Harapan (GH). Kumpulan yang berkonsepkan pelajar Akademi Generasi Harapan serta anggota kelab Remaja Pembela Ummah ini sentiasa melangkah ke hadapan dalam era pasaran digital.
Aktif menerbitkan lagu-lagu di laman sosial Youtube bukanlah alasan buat GH untuk tampil dengan album penuh terbaru mereka, Peralihan. Album ini memuatkan lapan buah lagu malar hijau nasyid yang diberi nafas baru iaitu Pendidikan Islam, Ekonomi Islam, Jasa Petani, Ingat Jasa Mereka, Anak-Anak Cahaya Mata, Sampailah Waktu, Akhlak Ialah Bunga Diri dan Perjuangkan Allah.
Album Peralihan kali ini memberi simbolik tersendiri buat GH. Jika sebelum ini GH masih menerbitkan album berbentuk fizikal pada tahun 2019, namun kali ini GH memfokuskan pasaran digital secara total.
Dari aspek mesej, Peralihan ada 'roh' tersendiri memandangkan semua lagunya adalah lagu malar hijau sejak zaman kegemilangan nasyid Al-Arqam.
Cuma dari segi vokal, GH perlu buat sesuatu. Lantunan suara seperti 'menjerit' kurang memberi kesan positif buat pendengar. Lagu tanpa lantunan vokal yang harmoni ibarat nasi goreng yang tiada garam.
Jika ukuran mesej lagu dan susunan muzik ditanya, ya Peralihan memang ke hadapan. Cuma kekuatan vokal perlu ditambah baik untuk karya akan datang.
Pasaran album Peralihan mungkin dilihat sukar memandangkan ianya diterbitkan secara digital. Zaman millenium namun jangan nafikan album fizikal ada pengikutnya tersendiri.
Tapi tak dinafikan juga Peralihan ada pengikutnya tersendiri memandangkan GH merupakan cabang seni bagi syarikat GISB Holdings Sdn Bhd atau Gobal Ikhwan.
Album Peralihan boleh didapatkan secara atas talian di laman web Generasi Harapan.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.