Terkini!

Inteam Terus Bersatu Demi Iman & Aman

Kali terakhir mereka muncul dengan album penuh Allahu Rabbi pada tahun 2009 secara berlima, kini setelah hampir 3 tahun lebih mereka kembali tampil berlima menerusi album terbaru, Iman & Aman.

Album ini merupakan gandingan terbaru Inteam bersama dua orang bekas anggota mereka, Hisyam dan Suhaimi Saad.

Hisyam pernah bersama Inteam untuk dua buah album mereka iaitu Kasih Kekasih dan Impian Kasih. Dia membuat keputusan berundur dari Inteam bagi menubuhkan kumpulan DeHearty. Bersama DeHearty, mereka pernah tampil menerusi dua buah album iaitu Di Hati dan Insan Istimewa. Tempat Hisyam diganti oleh Rahim.

Manakala Suhaimi Saad pula berundur dari Inteam untuk bergerak solo setelah Inteam tamat kontrak bersama Hijjaz Records. Ketika itu, Suhaimi Saad tampil dengan album solo pertama, Kias Cinta dan diikuti dengan album kedua, Kalamak.

Inteam mula bergabung kembali untuk projek khas album Allahu Rabbi dan gabungan itu sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat. Gabungan mereka berlima nyata mengulangi kejayaan album Allahu Rabbi apabila setiap lagu yang didendangkan di dalam album ini, memberi kepuasan yang terbaik buat peminat.

Tidak dinafikan setiap individu dalam kalangan mereka mempunyai kekuatan tersendiri dari aspek vokal. Gabungan ini akhirnya melahirkan satu produk yang cukup bermakna.

kredit: FB Inteam

Mengekalkan konsep nasyid kontemporari, album Iman & Aman ini menampilkan 12 buah lagu termasuk dua lagu duet bersama artis lain. Lagu-lagu tersebut adalah Jatuh Bangun, Mulakan Hari Ini, Tragedi Taif (feat UNIC), Zikir Susah Senang, Iman & Aman, Ya Rasulullah Inni, Syafaatmu, Jumaat, Kau Ditakdirkan Untukku, Iftar, Nothing Overlasting dan Nur Kasih (feat Munif).

Lagu Nur Kasih merupakan lagu Inteam yang lama, diberi nafas baru dengan lebih segar. Tidak keterlaluan jika dikatakan ini merupakan antara album nasyid terbaik untuk tahun 2013.

Album terbitan Inteam Records Sdn Bhd dan edaran bersama Warner Music ini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran atau belian secara online di Kedai Nasyid dan Inteammobile. Dapatkan yang ori. Pasti gempak punya!

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda