Tersebar di laman sosial Facebook berkenaan dengan kontroversi doa yang terkandung dalam produk Kismis Minda. Dikatakan doa tersebut mengandungi unsur-unsur ajaran Syiah.
Tersebarnya berita ini menyebabkan ramai pengunjung laman sosial terus menyebarkan tentang doa tersebut tanpa unsur periksa terlebih dahulu.
Setelah diselidiki oleh mereka yang mahir dalam bidang ini, ternyata dakwaan tersebut tak berasas dan perlu dihentikan.
doa li khamsatun berkenaan adalah bait qasidah tawassul dari ulama Hadramaut iaitu Habib Ahmad Ibnu Muhammad Al Mudhor yang mengikut tawassul Imam Asy Syafie. Imam Asy Syafie sangat mencintai keluarga Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, di samping kerana beliau juga termasuk ahlul bait. Kecintaan itu beliau lukiskan dalam sejumlah sya'ir yang diriwayatkan olah Imam Ibnu Hajar al Haithami dalam al Sawaiq al Muhriqah hal. 274 uhriqah hal. 274
آل النبي ذريعتي وهم إليه وسيلتي
أرجو بهم أعطى غدا بيدي اليمين صحيفتي
ertinya : Keluarga Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, adalah pintu dan wasilahku mohon kepada Allah. Aku berharap dengan perantara mereka kelak aku memperoleh buku cacatan amalku dengan tangan kananku.
Kepada yang terlibat dinasihatkan agar memadam tulisan berunsurkan fitnah dan tuduhan berkenaan. Menghukum tanpa menyelidik termasuk di dalam larangan Allah :
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al Hujaarat: Ayat 6)



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.