![]() |
| Penguatkuasa JAIS memecah masuk ke markas Syiah |
Serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 September 2013 dengan kekuatan seramai 25 orang dan diketuai oleh Ketua Operasi, En Shahrom Maarof yang juga Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Kesalahan JAIS.
Walau bagaimanapun, serbuan JAIS menemui jalan buntu. Menurut laporan Sinar Harian, tak ada seorang pun ahli Syiah berjaya ditahan oleh JAIS. Mereka seolah-olah tahu akan kehadiran anggota penguatkuasa menyebabkan keadaan sekitar markas tersebut sunyi.
Beberapa barang berkaitan ajaran Syiah berjaya dirampas termasuk tulisan yang memuji serta memuja Saidina Ali, 'batu Karbala' dan beberapa kitab ajaran Syiah.
![]() |
| 'Batu Karbala' |
![]() |
| senarai nama imam 12 syiah |
![]() |
| kitab-kitab yang terdapat di Markas Syiah |
![]() |
| pakaian yang dipakai imam |
Menurut laman blog Jinggo-Fotopages, turut dirampas dalam serbuan itu ialah alat pelincir seks.Semua barang rampasan disita oleh JAIS.
![]() |
| alat pelincir seks yang ditemui |
Sebagai rekod, markas ini pernah diserbu beberapa kali oleh pihak JAIS.Pada Disember 2010, pihak JAIS pernah menyerbu markas yang sama ketika satu majlis ceramah berlangsung. Ketika itu, seramai 200 orang ditahan untuk disiasat.
sumber: Sinar Harian l Jinggo-Fotopages











No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.