![]() |
| ehsan: FB Shoutul Amal |
Masihkah kita ingat mengenai kumpulan nasyid Shoutul Amal? Bagi peminat baru nasyid, mukan ada yang belum kenali mereka namun bagi yang mengikuti perkembangan nasyid sejak dulu, sudah pasti akan ingat.
Mereka suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Guruku, Nostalgia, Amal
Kerana Allah dan banyak lagi. Bagi pendokong dan ahli serta pimpinan Parti
Islam SeMalaysia (PAS) sudah pasti mereka akan mengenali Shoutul Amal memandangkan lagu tema parti tersebut dinyanyikan oleh kumpulan ini.
Shoutul Amal mula tampil dalam dunia nasyid sejak ahli-ahlinya masih di bangku sekolah. Kemunculan
mereka pada ketika itu meletakkan nama mereka seangkatan dengan usia
kumpulan nasyid Raihan, Rabbani, Saujana, Brothers, Hijjaz dan NowSeeHeart.
Menerusi album pertama, Amal…Kerana Allah, Shoutul Amal telah berjaya menarik
perhatian ramai pihak. Sambutan yang menggalakkan terhadap jualan album
tersebut menyebabkan syarikat rakaman naungan mereka ketika itu, Bustanul Amal
Productions, membuat cetakan album sebanyak dua edisi.
Perjuangan kumpulan ini diteruskan lagi dengan kehadiran
album kedua, Gema Perjuangan. Kemunculan album kedua tersebut kurang disedari
ramai pihak kerana kurangnya hebahan dan publisiti dari media. Shoutul Amal
cuba membuktikan mereka masih wujud sekitar tahun 2005 apabila muncul dengan
album kompilasi Satu Analisa, gabungan dua buah album mereka terdahulu. Namun
pasaran album tersebut juga tidak dihebahkan dengan meluas.
Namun, apabila salah seorang anggota Shoutul Amal, Mohd
Fakhurrazi Hussin, muncul sebagai peserta program Imam Muda Musim Kedua,
STUDIOKINI tertanya-tanya apakah status kumpulan ini? Masih wujud atau sudah
jadi sejarah?
SHOUTUL AMAL TIDAK BUBAR TAPI BEREHAT SEKETIKA
Baru-baru ini, STUDIOKINI berpeluang mendapatkan khabar
mengenai kumpulan ini. Menurut Penerbit Shoutul Amal, Dr. Megat Suhaimi Megat
Idrus, kumpulan ini masih wujud dan aktif, sekali gus menafikan bahawa kumpulan ini
telah dibubarkan. Menurut beliau, Shoutul Amal sekadar berehat seketika memandangkan anggota-anggotanya
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“ Shoutul Amal masih wujud cuma berehat seketika suatu
ketika dulu sebab Sobri, Firdaus, Alim dan Fakhrul melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Tiga lagi anggota dah keluar dari Shoutul Amal”, kata Dr. Megat.
Ketika ditanya mengenai status Alim, yang pernah muncul
bersama kumpulan Jilul Quran, sama ada masih anggota Shoutul Amal atau tak,
Megat mengakui bahawa Alim Zakaria masih anggota Shoutul Amal.
“Ya, Alim masih anggota Shoutul Amal. Jilul Quran ada ahli
tersendiri, dulu Alim hanya turut serta sebagai undangan saja”, ujar beliau.
Menurut Dr. Megat lagi, Shoutul Amal bukanlah sebuah kumpulan yang mengejar nilai komersial atau pasaran album, tetapi kumpulan ini mempunyai matlamat perjuangan tersendiri.
" Shoutul Amal bukanlah kumpulan yang berkonsepkan komersial dan terlalu fokus pada album. Kami mempunyai matlamat tersendiri iaitu menjana kuasa rakyat melalui mesej-mesej yang disampaikan dalam lagu", ujar Dr. Megat lagi.
Dalam pada itu, sama ada sedar atau tidak, peserta program
Imam Muda Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd Fakhrurrazi bin Hussin, merupakan anggota kumpulan
Shoutul Amal. IM Fakhrul ini merupakan peserta Imam Muda Musim Kedua.
![]() |
| album-album Shoutul Amal |
Mengimbas kembali mengenai sejarah Shoutul Amal, kumpulan
yang membawa maksud Suara Amal itu ditubuhkan pada 5 Jun 1998 dengan membawa
mesej mengajak umat manusia supaya menerima dan beramal dengan apa yang
disampaikan. Pada awal kemunculan, mereka merupakan gabungan antara Unit Amal
Syabab dan Unit Amal Walad yang pernah menjadi johan selama dua tahun
dalam Pertandingan Nasyid dan tiga tahun dalam Pertandingan Azan di
Jambori Amal Peringkat Kebangsaan ketika itu.
BAKAL MUNCUL DENGAN ALBUM KETIGA
Setelah sekian lama menyepi, Shoutul Amal muncul kembali. Sebagai permulaan, mereka merakamkan dua buah single iaitu Bersatulah (lagu tema PAS rakaman terbaru) dan Langkah Pejuang di bawah label Shoutul Amal Productions. Album single tersebut mula diedarkan ketika Muktamar PAS Tahun 2013.
Menurut
Dr. Megat Suhaimi, proses rakaman album ketiga Shoutul Amal masih berjalan dan
dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2014. Album tersebut masih mengekalkan
konsep universal dan irama perjuangan Islam.
Kemunculan Shoutul Amal sudah pasti akan memberi suntikan
semangat buat industri nasyid. Bagi peminat nasyid, anda boleh mengubat
kerinduan terhadap kumpulan ini dengan membeli album single tersebut melalui
laman Facebook Shoutul Amal.
Buat Shoutul Amal, STUDIOKINI ucapkan tahniah atas semangat
perjuangan yang masih utuh dalam jiwa kalian. Irama perjuangan Islam perlukan
tenaga-tenaga kalian.-STUDIOKINI







No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.