TERKINI!

Kontroversi SM Amin Yang Tiada Kesudahan (bah.1)


Kontroversi Pusat Tahfiz Amal serta aktiviti jualan amal yang dijalankan oleh para pelajarnya bukanlah satu perkara baru yang diperkatakan. Pentadbiran kerajaan negeri Kedah sudah silih berganti, namun isu Pusat Tahfiz Amal masih lagi tidak selesai.

Aktiviti jualan amal menggunakan kanak-kanak bawah usia (didakwa sebagai pelajar tahfiz PTA) sememangnya satu perkara lama yang sering kita tengok. Mereka aktif di kawasan-kawasan strategi seperti bank, stesen minyak, dan kawasan beli-belah. Modus operandi mereka, menjual produk-produk kesihatan seperti ubat, adakalanya kalendar, dan CD-CD lagu.

Dakwaan ramai pihak yang menyatakan PTA adalah di bawah kelolaan pemilik SM Amin TCM Center masih belum dapat dipastikan. Cuma dakwaan menyatakan PTA menggunakan produk-produk keluaran SM Amin mungkin boleh dikatakan 'Ya' memandangkan ramai pelajar PTA menjual produk tersebut.


SIAPA SM AMIN?

SM Amin atau nama sebenar Raja Azhar bin Raja Wahab didakwa sebagai seorang 'interpreneur luarbiasa' seperti yang terkandung dalam laman web Pati Minda Sakti (web sudah ditutup).

Raja Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangssan Kuala Sidim, Kulim, Kedah. Menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sek Men. Padang Serai, Kulim, Kedah. Sebaik sahaja mendapat Sijil Rendah Pelajaran (SRP),Azhar bin Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit Padang Buloh, Kuala Sidim.

Dia berhijrah ke Kuala Lumpur & berkerja sebagai pemandu kepada Pegawai Eksekutif di ibu pejabat Bank Simpanan Nasional Jalan Ampang. Kemudian menjawat penjual kereta terpakai. ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat al- Arqam. Mendakwa memiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli al-Arqam.

Difahamkan beliau pernah menyertai al-Arqam. Selepas al-Arqam dibubarkan, Azhar Wahab mempengaruhi bekas pengikut al- Arqam dan menubuhkan syarikat sendiri dinamakan al-Mansur.

Para pengikutnya memanggilnya 'Ayah' dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian panggilan bertukar kepada 'Tuan', 'Yang Amat Mulia', 'Yang Berhormat Mulia' dan 'Yang Teramat Mulia Ayahanda Raja'. Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut- pengikutnya dgn dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. (sumber info: Kubu08)

AL-MANSUR HOLDINGS SDN BHD

Muncul selepas al- Arqam dibubarkan. Syarikat ini boleh dianggap serpihan baki ahli-ahli al-Arqam. Perkataan Al Mansur bermaksud pembantu dan penolong. bersesuaian dengan konsep penubuhannya - menjadi pemangkin melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang kepada prinsip 'Bersatu Maju Bersama'.

Syarikat ini didaftarkan secara rasmi pada tahun 1988 atas nama Al- Mansur Holdings Sdn Bhd (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Al-Mansur Holdings mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di seluruh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja masih aktif manakala bakinya atas nama sahaja untuk mengaburi pandangan masyarakat. Antara aktivti perniagaan yang aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu ia menggunakan para pelajar PTA untuk menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya serta memungut derma anak yatim.

Dari segi bidang muzik, Al-Mansur melalui anak syarikatnya, Al-Mansur Productions (AM Productions) pernah menerbitkan beberapa buah album artis tempatan seperti Ety Farhana (album pertama, Permata), Farmizie dan Intan Puteri. Bagi album nasyid pula, AM Productions pernah terbitkan album kumpulan Syukur, Balqis, Zikraa dan koleksi nasyid artis AM Productions.


Namun ketika itu, perniagaan Al-Mansur tidak menampakkan sesuatu yang meragukan. Malah lagu-lagu artis AMP sendiri semuanya tidak nampak unsur mencurigakan.

FATWA BERKAITAN RAJA AZHAR WAHAB

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 September 2004 telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan ajaran Raja Azhar Wahab. Majlis fatwa menyatakan kumpulan ini telah melakukan beberapa penyelewengan terhadap agama Islam.

Dari aspek akidah, mereka mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah (pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002), menggunakan "Tawassul" iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata 'Ya Allah dengan berkat dan karamah Guruku Tuan Azhar, sembuhkan penyakit si pulan .....', mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh "Pak Syeikh" atau "wali Allah". Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara, berbai"ah akan mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya dari orang ramai, sesiapa yang belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat dan sebagainya.

Fatwa boleh dirujuk di laman rasmi Portal Majlis Fatwa Kebangsaan. Berikutan dengan pengeluaran fatwa tersebut,syarikat Al-Mansur Holdings dibubarkan dan senyap seketika sebelum menukar nama mereka kepada SM Amin TCM Center.-WRTKP

Baca juga: Bahagian 2

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda