TERKINI!

Album Sulung Farid Sanullah Sudah Terbit

Kelahiran album nasyid Inggeris nyanyian artis kelahiran Malaysia terlalu sukar dicari. Malah ramai artis yang menyanyikan lagu-lagu Inggeris ibarat sekadar 'tangkap muat' tanpa membuat penelitian terhadap tatabahasa Inggeris. Malah ramai yang menggunakan 'direct translation' yang cukup jelas.

Dulu pernah ada album penuh nasyid Inggeris artis Malaysia yang didendangkan kumpulan nasyid Maghfirah sekitar tahun 1998. Album Your Forgiveness terbitan Soft-H Productions tersebut walau bagaimanapun kurang publisitinya dan lenyap dibawa arus.

Lagu nasyid Inggeris mempunyai peminatnya tersendiri. Penerimaan masyarakat Malaysia terhadap artis luar negara seperti Yusuf Islam, Maher Zain, Sami Yusuf, Zain Bhika dan ramai lagi membuktikan pasaran album nasyid Inggeris tetap ada.

Penerimaan tersebut menyebabkan anak muda ini tampil dengan album nasyid Inggerisnya. Farid Sanullah, satu nama yang baru tumbuh dalam dunia hiburan Islami.Anak kelahiran Kuala Lumpur ini yang kemudiannya membesar di Perth, Australia, mengorak langkah tersendiri untuk bersaing dalam dunia hiburan Malaysia dan antarabangsa.

Setelah single pertamanya, Don't Forget Allah mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau tampil dengan album penuhnya yang turut menggunakan judul Don't Forget Allah.

ALBUM YANG BERKUALITI ANTARABANGSA

Album Don't Forget Allah mengandungi 8 buah trek lagu yang mengetengahkan pelbagai genre. Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Don't Forget Allah,Subhanallah, Orphan Child, No Shortcut To Heaven, Repent, Which Will You Deny dan Mum.

Farid Sanullah turut mempertaruhkan lagu Subhanallah sebagai single kedua selepas Don't Forget Allah. Pertaruhan itu nyata amat sesuai memandangkan alunan lagunya yang tidak mengecewakan. Malah boleh dikatakan album ini sudah mencapai tahap kualiti antarabangsa, setanding album-album nasyid antarabangsa seperti Maher Zain, Sami Yusuf dan Zain Bhika.

Moga kelainan yang dibawakan oleh Farid Sanullah dapat diterima oleh masyarakat Malaysia malah diharapkan album ini dapat bersaing bersama album-album artis-artis bukan nasyid di Malaysia. Album terbitan Highest Heaven Records dan Inteam Records ini boleh didapati dengan harga RM25.90 sahaja! - STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda