Terkini!

Nazrey Ubat Rindu Peminat Dengan Zikir

Setelah hampir 3 tahun menyepi tanpa sebarang album terbaru, kerinduan terhadap vokal Nazrey Johani kini terubat apabila beliau tampil dengan album solo keempatnya.

Sesuai dengan judul album,Zikir Rintihan Rindu, Nazrey Johani tampil dengan buah tangan terbarunya bagi mengubat rindu para peminatnya dengan alunan zikir.

Album ini merupakan album solonya keempat setelah beliau mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan atas faktor memberikan tumpuan kepada pusat tahfiznya di Sabah.

Bagi album Zikir Rintihan Rindu ini, Nazrey Johani telah bekerjasama bersama Hijjaz Records sebagi syarikat penerbit manakala Rusa Marketing Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar.

Album ini merupakan sebuah album zikir yang dialunkan bersama alunan muzik. Setelah mendengar album ini, nyata kekuatan vokal Nazrey masih sama seperti dahulu. Dari aspek muzik, imej Nazrey Johani bersama Raihan nampaknya masih tebal.

Zikir-zikir yang dialunkan bersama muzik yang seakan muzik kumpulan Raihan. Mungkin Nazrey masih selesa dengan rentak tersebut, sesuai dengan nada suaranya. Secara tidak langsung, album ini memberikan kelainan dan keunikan tersendiri berbanding album-album zikir yang lain. Dalam erti kata lain, album zikir ini membawa 'imej' Nazrey Johani dan tidak meniru mana-mana album zikir yang lain.

Zikir Rintihan Rindu mengandungi 9 buah trek zikir iaitu Bismillah, Astaghfirullah, Lailahaillallah, Ya Zaljalal, Allahummasalli Ala, Ya Latif, Ya Allah, Subhanallah, dan Astaghfirullah Rabbal Baraya. Album ini sudah berada di pasaran dengan harga yang berpatutan.

Kepada para peminat nasyid dan peminat Nazrey Johani, rindu anda terhadap vokal beliau pasti terubat dengan album ini. Tak rugi jika anda membelinya. Dapatkan di pasaran sekarang, pastikan yang original! - STUDIOKINI

1 komentar:

  1. great voice... wonderful zikir from the heart... MashaALLAH...

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda