TERKINI!

'Andai Esok' Single Terbaru Akhil Hayy

Akhil Hayy bersama single terbarunya, Andai Esok.
ihsan gambar: FB Natz Production
Setelah sekian lama sunyi tanpa berita, akhirnya penyanyi serta pendakwah, Akhil Hayy, muncul kembali dalam arena seni hiburan Malaysia.

Hampir 5 tahun Akhil Hayy menyepikan diri dari menghasilkan album solo sendiri. Malah wajahnya dalam media juga sukar kelihatan. Difahamkan ada pihak tertentu yang menyekat penglibatan Akhil Hayy daripada muncul dalam program-program di televisyen.

Beberapa media melaporkan, ada pihak tertentu telah menyekat usaha Akhil Hayy untuk muncul dalam program-program di televisyen.

"Mula-mula zikir saya ditarik. Kemudian Azan saya pula ditarik. Saya juga sepatutnya menjadi juri untuk program realiti Pencetus Ummah, tapi tak jadi. Terbaru, saya ditawarkan berlakon untuk sebuah telemovie 'Rock Sangkut', terbitan produksi Mawi (Mawi Entertainment). Namun Mawi memaklumkan nama saya tidak diterima oleh pihak stesen tersebut. Ketika saya dimaklumkan perkara itu, Mawi sendiri tidak dapat memberikan alasan kerana pihak stesen tersebut tidak menyatakan sebab kenapa nama saya ditolak,"luah Akhil Hayy - Malaysian Digest
"Sudah empat tahun perkara ini terjadi. Ia seperti masalah peribadi individu itu sendiri kerana pihak stesen beberapa kali cadangkan nama saya tetapi digugurkan pada saat-saat akhir,” katanya kesal. - Mstar.
Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, namun Akhil Hayy tetap aktif dalam usaha dakwahnya di majlis-majlis ceramah. Selain itu, Akhil Hayy juga akan kembali dalam dunia seni suara apabila muncul dengan single terbarunya, Andai Esok.

Andai Esok merupakan ciptaan Badhisham, manakala lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Penghasilan lagu dakwah menurut Akhil Hayy, adalah bertujuan sebagai salah satu medium dakwah kepada umat Islam sebelum dia meninggal dunia.

"Lagu ini menceritakan tentang perjalanan hidup manusia dan saya harap dapat ia memberi kesan kepada orang yang mendengarnya," katanya. - Malaysian Digest.

Single ini merupakan permulaan sebelum lahirnya album terbarunya. Menariknya, album itu nanti akan memuatkan lagu ciptaan isterinya, Waheeda.-STUDIOKINI.

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda