Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 July 2014

Generasi Harapan Terbit Album Ramadhan & Syawal

Selepas kelahiran album Pembela Al-Quran pada tahun 2013, kumpulan Generasi Harapan tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka terus melangkah ke hadapan dalam melahirkan album-album berbentuk Islami, dengan genre dan cara tersendiri.

Sempena dengan bulan Ramadhan dan Syawal 1435 Hijrah, GH melahirkan produk khas untuk dihayati oleh setiap peminatnya.Album berjudul Ramadhan & Syawal Bersama Rasa Kehambaan diterbitkan sejak awal Julai 2014.

Album tersebut memuatkan 12 buah tracklist yang berkonsepkan lagu-lagu Ramadhan & Syawal sebagai halwa telinga pendengar di bulan yang mulia ini. Lau-lagu dalam album ini dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian berkonsepkan Ramadhan dan satu bahagian berkonsepkan Syawal.

Lagu-lagu yang berkonsepkan Ramadhan ialah Datangnya Ramadhan, Raja Bulan, Ya Ramadhan, Adab Menghadapi Ramadhan, Ramadhan Ya Ramadhan, Ramadhan Telah Berlalu.

Manakala lagu-lagu berkonsepkan Syawal ialah Selamat Hari Raya, Aidilfitri Seorang Hamba, Takbir Raya, Bila Syawal Tiba, Kala Senja,dan Syawal Tanpa Ayah.

kulit album Ramadhan & Syawal
ALBUM PEMBELA AL-QURAN VERSI KARAOKE

Selain menerbitkan album sempena Ramadhan dan Syawal, GH turut menerbitkan album Pembela Al-Quran versi karaoke. Album berbentuk DVD tersebut memaparkan video-video klip daripada album Pembela Al-Quran yang diterbitkan sejak tahun 2013.
Album DVD dari Generasi Harapan

Menariknya, semua video klip tersebut mengandungi jalan cerita dan tarian Sufi moden yang dipersembahkan sendiri oleh ahli-ahli Generasi Harapan.

Bagi yang ingin saksikan bagaimana kualiti lakonan ahli-ahli GH dalam video klip, boleh dapatkan segera album video klip tersebut. Dan dapatkan sekali album Ramadhan & Syawal dari GH. Kedua-dua produk ini diterbitkan oleh GISB Production dan boleh didapati di laman Facebook Mawaddah & Generasi Harapan.- STUDIOKINI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages