Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 October 2014

Album Our Song (Tasha Manshahar & Syed Shamim) Yang Gempak

[ULASAN]Peluang dan ruang waktu kunjungi bandaraya Miri, Sarawak untuk menghadiri kursus digunakan sebaik mungkin. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air. Baki masa yang tinggal digunakan untuk terjah beberapa kedai muzik yang ada di sekitar Miri.

Hasilnya, terjumpa satu album terbaru.Our Song, judul yang diberi untuk album pasangan duo Tasha Manshahar dan Syed Shamim. Mula-mula fikir dua tiga kali, nak beli ke tak? Maklumlah, takut kecewa je. Tapi memandangkan kedua-duanya merupakan produk keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) dan atas semangat 'rakan guru', album Our Song pun dibeli!

kulit album
Album Our Song dimulakan dengan trek pertama, Be Mine (Malay Version). Lagu berentak catchy memang sesuai dengan pembukaan album. Tak banyak komen untuk lagu Be Mine (Malay Version) memandangkan lagu ini merupakan single pertama yang memperkenalkan pasangan duo ini.

Diteruskan lagi dengan trek kedua, Selamat Ulangtahun Cinta. Wow! Lagu paling saya suka. Masih mengekalkan rentak pop catchy, Paling best bila dengar petikan lagu yang berbunyi:

Ku tak punya wang berjuta 
Apatah lagi istana 
Untuk jadikan hadiah 
Agar kau rasa berharga

Petikan lirik daripada lagu Selamat Ulangtahun Cinta tersebut menggambarkan dalam hidup berpasangan, kita perlu terima pasangan kita seadanya. Yang penting, bahagia. Lagu ni memang menambahkan 'selera' untuk terus dengar album Our Song sampai habis.

Trek ketiga, Cuba Teka. Lagu berentak pop catchy dan ditambah dengan muzik ala-ala ska sedikit unik. Tapi bagi saya, lagu Cuba Teka kurang menyengat. Mungkin selera saya tak sama dengan orang lain. Apapun, lagu ini masih dianggap menarik.

Bagi trek keempat, Masih Perlu, kekuatan vokal Tasha Manshahar diuji.Lagu berentak balada ini dinyanyikan secara solo oleh Tasha. Saya bagi 6 daripada 10 bintang untuk lagu ini. Vokal Tasha Manshahar ada keunikan tersendiri bila menyanyi secara solo. Dan lagu ini membuktikan Tasha boleh bawa lagu balada.

Selepas kebolehan Tasha menyanyi secara solo diuji, tiba giliran Syed Shamim untuk trek kelima. Lalala judul yang diberi untuk trek kelima. Lagu berentak pop mungkin sinonim untuk Syed Shamim. Adakala gayanya seperti komposer dan penyanyi terkenal, Ajai. Tak banyak komen untuk Syed Shamim melainkan mantap! Mungkin selepas ni boleh cuba lagu balada.

Our Song, trek keenam dan juga judul bagi album ini. Kembali ke rentak catchy, lagu dan lirik cetusan Tasha Manshahar ini dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. Grammar kedua-dua penyanyi ini tdak mengecewakan, maklumlah bakal guru. 7 bintang untuk lagu ni.

Untuk trek ketujuh, Be Mine (English Version) dan kelapan, Cuba Teka (akustik) tak perlu direview. Kedua-dua lagu tersebut melengkapkan perencah bagi album Our Song.
pelancaran album 
Album terbitan FMC Music ini telah pun dilancarkan pada 16 September 2014 bertempat di Hardrock Cafe, Kuala Lumpur. Turut dilancarkan single terbaru Nas Adila Duet bersama R’Liff AF “Aku Sakit Hati” serta single pertama Sissy Iman “Mungkin Kamu” dan Wani (Youtube) “I Cinta Jer” yang kesemua mereka ini merupakan selebriti dibawah FMC Music.- STUDIOKINI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages