Wisma Amanah Negara ini terletak berhampiran dengan Tesco Extra Selayang dan telah dirasmikan pada petang 28 November 2015. Ia menjadi Pusat Pentadbiran Parti Amanah Negara.
Pada hari yang sama, AMANAH telah mengadakan Kongres EGM dari perwakilan seluruh negara bagi memperkemas dan meluluskan Perlembagaan AMANAH.
Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan AMANAH di semua 14 negeri, dan juga 33 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sementara penubuhan bagi baki kawasan-kawasan lain akan dibuat awal Disember ini.
![]() |
| Kongres EGM AMANAH bagi meluluskan Perlembagaan AMANAH |
![]() |
| Sekitar pelancaran Wisma Amanah Negara. Gambar diedit oleh STUDIOKINI. |
Uniknya ialah AMANAH akan mempunyai satu lagi sayapnya iaitu WANITA MUDA AMANAH dari umur 17 tahun hingga 30 tahun. Ia suatu penghargaan kepada golongan muda dan tentu sekali kearah melahirkan lebih ramai pelapis kepimpinan.-STUDIOKINI





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.