Terkini!

Aura Siti Nordiana Dalam Gegar Vaganza 2


Nama Siti Nordiana rasanya tak perlu lagi nak diperkenalkan. Penyanyi wanita ini bukanlah orang baru dalam dunia seni hiburan Malaysia.

Mula terlibat dalam dunia seni sejak berusia 15tahun pada tahun 1999. Album pertamanya, Gurindam Rindu Berkasih.

Pada awal kemunculan, Siti Nordiana sering kali dianggap sebagai salah satu klon Siti Nurhaliza dek kerana populariti Siti Nurhaliza ketika itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Siti Nordiana binti Alias atau lebih dikenali sebagai Nana, telah menghasilkan 5 buah album solo iaitu Gurindam Rindu Berkasih (1999), Luahan Hati Kekasih (2000), Bingkisan Kasih (2001), Pelangi (2004) dan Semakin Jelas (2011). Album-album ini terbit sebelum Nana berhijrah dan berhijab.

HIJRAH NANA BERHIJAB

Nana mula tampil dengan imej berhijab (bertudung) sejak bulan Ramadhan pada tahun 2011. Ketika itu, penghijrahan Nana sedikit memberi kejutan memandangkan dia pernah tampil dengan imej sedikit seksi dalam album Semakin Jelas.

Namun kuasa hidayah, manusia mampu berubah. Nana mula memakai tudung setelah melihat ramai orang bukan Islam memakai tudung dan mendalami agama setelah menerima hidayah Islam.

Setelah memakai hijab, Nana semakin hari semakin menuju ke arah yang lebih positif. Dia dilihat aktif bukan sahaja dalam dunia seni, malah turut terlibat mendalami ilmu-ilmu agama. Difahamkan Nana juga turut bersama rakan-rakan artis hijrah lain terlibat dalam Usrah Fitrah, satu kumpulan yang aktif mempelajari ilmu-ilmu Islam dan aktiviti dakwah.

Siti Nordiana ketika rancangan Shoutul Quran TV9
Nana juga terlibat dalam program-program dakwah. Dan pada tahun 2014, Nana juga merupakan antara peserta Shoutul Quran di TV9 yang mengetengahkan kelas bacaan Quran bertarannum.

GEGAR VAGANZA 2: VOKAL & IMEJ KEKUATAN NANA


Album Anakku Sayang, album pertama Siti Nordiana selepas berhijab. 
Awal tahun 2015, Siti Nordiana telah diberi peluang oleh syarikat Arteffects International untuk tampil dengan album berunsur dakwah kanak-kanak berjudul Anakku Sayang. Album ini lahir sebelum rancangan Gegar Vaganza 2 berlangsung.

Setelah muncul dengan album ini, Nana telah terpilih sertai program Gegar Vaganza 2 (GV2). Pada awal rancangan, aura Nana tidak menyerlah sangat namun dari minggu ke minggu, aura Nana kian menghangat. Kekuatan vokal Nana nyata lain dengan Siti Nordiana yang lalu. Itu yang jelaslah.
Nana dan Lan Kristal ketika GV2 Minggu Keenam
Nama Nana terus menjadi sebutan setelah persembahan minggu keenam GV2 melalui lagu Memori Berkasih. Lagu yang asalnya duet bersama Allahyarham Achik Spin, namun dalam GV2 Nana digandingkan bersama  Lan Kristal.

Secara peribadi, apa yang menjadi x-factor utama aura Nana ialah 2 perkara saja. Pertama, kekuatan vokal dan kedua imej positif Nana.

Faktor kekuatan vokal rasanya semua boleh akuinya. Vokal Nana sekarang nyata matang banding Nana yang dulu. Dulu suara Nana bukanlah setaraf artis-artis hebat. Senang cerita imej Nana dulu sedikit 'kampung'. Tapi sekarang, Nana nyata makin matang. Komen-komen juri sudah cukup untuk mengiyakannya.

Faktor kedua, imej Nana banyak bantu menaikkan aura Nana. Imej sopan, positif dan masih menjaga batas-batas sudah pasti akan menarik sokongan peminat sama ada aliran biasa atau Islami. Penglibatan Nana dalam aktiviti-aktiviti sebelum ini sudah pasti akan terus diikuti malah tak salah kalau dikatakan peminat-peminat ini ingin melihat Nana menyerlah dalam keadaan tak lupa diri.

Peluang yang Nana untuk berkilau makin cerah melalui GV2. Apa yang diharapkan, Nana berkilau dengan sinar positif.

Gegar Vaganza musim kedua akan bersiaran selama lapan minggu bermula 18 Oktober ini dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Buat Nana, teruskan usaha. Buktikan diri anda mampu menjadi juara. Dan kekalkan imej yang ada. Kipidap!-TMC

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda