TERKINI!

Kini '15 Uji Kemampuan Mizie Kamis

Nak jadi seorang artis bukanlah satu kerja yang mudah. Apatah lagi nak terbitkan sesebuah album. Kelemahan dalam awal kemunculan bukanlah batu penghalang untuk menghalang seseorang artis nasyid berusaha memperbaikinya.

Setelah muncul dengan album sulung, Di Suatu Masa pada tahun 2012, kini Mizie Kamis tampil lagi dengan album terbarunya, Kini '15.

Mizie Kamis merupakan seorang penasyid indie yang berasal dari Kedah. Penglibatannya dalam dunia nasyid bukanlah baru. Mizie pernah bersama kumpulan Zahran sebelum bergerak solo. Mizie cukup aktif terutama di negeri Kedah.

Ketika awal kemunculannya dalam album sulung, Di Suatu Masa, tidak dinafikan kualiti dan kekuatan vokal Mizie Kamis kurang menyengat. Senang cerita, album tersebut ibarat album syok sendiri.
Album sulung pada tahun 2012
Namun melihat kegigihan Mizie untuk terus aktif membuat persembahan sana-sini, mungkin kelemahan yang ada sudah diperbaiki. Malah Mizie dilihat tidak putus asa untuk memperkenalkan diri di persada hiburan.

KINI '15: MIZIE KAMIS TERUS MARA

Setelah sekian lama mengumpul bahan-bahan untuk album keduanya, Mizie Kamis akhirnya tampil lagi dengan album keduanya, Kini '15.

Bila lihat kulit albumnya, tanggapan utama yang timbul ialah Mizie sudah ada peningkatan! Ya, dengan latar belakang album ala-ala musim salji, sudah pasti apa yang difikirkan ialah konsep album akan lebih segar.

Dan selepas dengar album ini, tanggapan itu betul. Walaupun konsep lagu-lagu dalam album tidak seperti yang digambarkan dalam kulit album, tapi tabik hormat perlu diberi buat Mizie. Album ini nyata lebih berkualiti berbanding yang dulu.

Kualiti audio makin baik dan susunan grafik juga lebih jelas berbanding yang lalu. Cuma sedikit nak komen tentang vokal Mizie Kamis. Sedar atau tak, Mizie seolah tidak menunjukkan kekuatan vokal semaksima mungkin.

Ada sesetengah part dalam lagu yang terlalu menggunakan suara bass dan mendatar. Walaupun ada peningkatan tapi rasanya perlu untuk Mizie baiki dan terus baiki. Kekuatan vokal banyak pengaruhi kualiti sesuatu lagu agar ia sedap didengar dan mesej dapat disampaikan kepada pendengar.

Kini '15 menampilkan 10 track  iaitu Kasih Yang Satu, Selawat, Kalimah Berjasa, Kasih Selamanya, Ya Lathif, Tangisan Anak Pejuang, Tubna Ya Allah, Di Suatu Masa (new 2015), Kini (feat Masrie) serta satu lagu minus one, Di Suatu Masa.

Dalam album ini, lagu yang menjadi taruhan utama adalah Kini, Kasih Yang Satu dan Di Suatu Masa.

Menariknya, dalam album ini, hampir semua lagu adalah hasil karya Mizie Kamis sendiri. Rakaman album pula dilakukan di studio UNIC Record, Nasyeed.Com, Arbanji Studio, ICP Studio dan Masry Studio.
Sekitar pelancaran album Kini '15.
Sumber gambar: MK PRO. Edit: TMC
Album terbitan MK Production dan diedarkan oleh Kiblah Management Islamic ini telah dilancarkan pada 17 November 2015 di Dewan SMATD, Kulim. Bagi yang berminat, boleh dapatkan album ini dengan menghubungi nombor 019-4322114 atau layari Facebook Mizie Kamis

MIZIE KAMIS JUAL MINYAK WANGI

Selain aktif dalam dunia nyanyian, Mizie juga terlibat dalam perniagaan minyak wangi. Dengan menggunakan jenama MK Perfume, produk tersebut merupakan keluaran dari Mizie sendiri melalui MK PRO.

Bagi mengikuti perkembangan terbaru Mizie, bolehlah layari FB rasminya.- STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda