"Kalau ditanya siapa artis yang saya ingin sekali berduet, jawabnya tentulah Siti Nurhaliza, saya harap sangat suatu hari impian untuk menyanyi dengannya menjadi kenyataan. Saya ada bercakap dengan anak tirinya untuk undang dia pada konsert kali ini, namun katanya, Siti Nurhaliza sedang hamil sekarang," ujarnya. - Dipetik dari mStar Online.Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 41, kini dalam persiapan untuk menjayakan Konsert Khalimah Cinta pada 23 Disember 2015 di Istana Budaya. Konsert itu diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.
Menurut Opick, setakat ini pihak penganjur iaitu Mask Team dan Indigital masih belum memutuskan artis wanita yang bakal menjadi penyanyi undangan malam tersebut.
"Mereka akan umumkan perkara tersebut dalam masa terdekat," ujarnya.
Konsert tersebut bakal menjanjikan kelainan dan persembahan dalam bentuk penceritaan. Katanya, lebih istimewa, dia bakal membawa kumpulan muzik sendiri dari Indonesia.
"Saya sangat teruja kerana penganjur memberi kebebasan kepada saya untuk mencorak persembahan. Saya juga akan membawa kumpulan muzik saya sendiri dari Indonesia. Pastinya perasaan lebih berbeza apabila bermain dengan kumpulan sendiri. Saya juga boleh berlatih di Indonesia sahaja," ujarnya.
Artis lain yang akan menjayakan konsert tersebut ialah Hafiz Hamidun.
Tiket-tiket boleh didapati pada harga bermula dari RM85 hingga RM255 dengan keseluruhan 1,300 bilangan tempat duduk yang ditawarkan. Untuk tempahan awal, boleh layari www.airasiaredtix.com-STUDIOKINI



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.