Terkini!

Parti Cinta Sabah (PCS) Sedia Berjuang!

Sekitar tahun 2010, politik Sabah digegarkan dengan isu pendaftaran Parti Cinta Sabah (PCS) oleh seorang tokoh politik Sabah, Jeffery Kitingan. Ketika itu, beliau merupakan salah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah.


Usaha penubuhan PCS dibuat kerana kumpulan ini menganggap PKR tidak serius dalam memperjuangkan isu Sabah.

Akhirnya, 12 orang pimpinan tempatan PKR Sabah digantung. Mereka ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang, Guandee Kohoi.

Selepas penggantungan keahlian tersebut, Jeffery Kitingan bersama kumpulannya keluar dari PKR Sabah. Pada 6 Januari 2012, Jeffery Kitingan telah membawa masuk State Reform Party (STAR) dari Sarawak untuk ditubuhkan cawangannya di Sabah.

Agenda perjuangan STAR adalah menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963. Dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu, STAR memenangi 1 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah iaitu DUN Bingkor melalui Jeffery Kitingan.

Pada Mac 2014, pendaftaran PCS diluluskan. Timbul desas-desus bahawa STAR Sabah akan dibubarkan secara en bloc, dan menyertai PCS. Namun perkara ini dinafikan oleh Jeffery Kitingan dan STAR sendiri.

PCS telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama pada Oktober 2015. Dalam mesyuarat tersebut, PCS telah memilih barisan kepimpinan parti. Berikut adalah senarai pimpinan PCS:

Presiden - Dr. Nicholas James Guntobon
Timb. Presiden - Paul Voon,  Datuk Dr. Richard S Gunting.
Naib Presiden - Datuk Kalakau Untol, Amru Abdul Kadir, Jalibin Paidi, Jornah Mozihim (Ketua Wanita), Hasmin Azroy Abdullah (Ketua Ikatan Muda).
Setiausaha Agung - Mozes M Iking.
Pen. S/U Agung - Tay Jin Kiong @ Alfred.
Ketua Penerangan- Petrus F Guriting.
Bendahari Agung - John Hussein.
S/U Penganjur - Denis Gimpah.
AMT Biasa: Nestor Joannes, Maklin Masiau, Pinus Gondili, Masiawan Kunching, Edward Podok, Dr. Anthony Tibok, Ramdi Indan, Peter Marajin, Johnson Gaban Undi @ Jenddy, NC Sanggau, Liberty Lopog, Itoh Manggong, Soguli Olid, Dr. Alex Muating, Herman Mianus, Ricky Ganang, Paul Gitang., Wilfred Gaban, Shalmon Sanangan, Melvin Jaikol Imbayan, dan Alex Lai Yun Thiam.

Barisan pimpinan PCS
Matlamat utama PCS adalahm enegakkan, mempertahankan dan melindungi kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia serta autonomi dan kedaulatan Sabah.

PCS dijangka akan meletakkan calon mereka dalam pilihanraya umum ke-14. Mengenai kerjasama politik, PCS mewujudkan kerjasama bersama STAR dan Sabah Progressive Party (SAPP) dalam pembahagian kerusi. - WTKP

1 komentar:

  1. Sy mau tau...sekiranya pcs dalam gabungan USA...united sabah alliance menang..adakah hak sabah akan balik??dan mcm mna hak itu kembali??ada jaminan ka kalau setakat peringkat adun?? Sebab dalam gabungan USA..tiada parti yg bertanding parlimen..dan agak mustahil sy lihat gabungan ini akan berjaya..seperti mna pada pru13..sapp..star hanya menang kecil..dan hanya tertumpu pada kawasan ramai kdm..soalan sy..mcm mna mahu sebarkan fahaman kepada warga sebelah kunak..sandakan..tawau..kota belud..kudat..pitas..sipitang..tuaran..dan beluran..sedangkan..dalam USA sekarang mengunakan sentiment KDM...dan sentiment anti malaya...boleh ka menang mejoriti???ok sekarang USA gabungan semua parti local..pemilihan calon disetiap tmpt mcm mna mahu lakukan???sedangkan...org² penting banyak disatu tempat..sama dun..adakah persefahaman akan wujud??dan dr segi kepimpinan...sudah lama pemimpin dalam usa menerajui bidang politik..dr pbs...ada yg pergi BN...dan lompay lg..pergi pembangkang..dan kini mahu bergabung..persoalan sy..kenapa tidak dari dulu sudah bergabung..??tulus ka gabungan ini??sy sebagai pengundi wajib tahu ini semua..sebab sy tidak mahu sia-sia..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda