Seperti yang sudah dijangka, akhirnya Siti Nordiana telah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza 2. Persembahan yang disajikan oleh Siti Nordiana sangat bertenaga dan cukup memuaskan.
Siti Nordiana telah membawakan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain serta lagu duet bersama Acong Sweetchild, Awak Kat Mana?. Kemenangan tempat pertama ini melayakkan Siti Nordiana membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
![]() |
| Siti Nordiana ketika diumumkan sebagai Juara Gegar Vaganza 2. Kredit: Astro Gempak |
“RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang,” ujar Siti Nordiana.
Selain membawa pulang wang tunai berserta trofi, Nana juga turut berpeluang meramkam sebuah lagu baharu terbitan Astro berserta pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.
![]() |
| Yatt Hamzah doakan kejayaan Nana. Sumber: Instagram Yatt Hamzah |
Dalam pada itu, salah seorang artis yang rapat dengan Siti Nordiana, Yatt Hamzah, turut mendoakan kejayaan Siti Nordiana dalam Gegar Vaganza 2 ini.
"Bila kita jaga Allah..Allah jaga kita.Subhanallah Serius ini sgt benar! Lihat je buktinya, sahabat baik saya @sitinordiana yang sgt menjaga auratnya walaupun di atas pentas hiburan glamor..Tak perlu seksi..Tak perlu gedik! Dan balasannya, di dunia lg Allah dah limpahi dg kebaikan dan kejayaan hingga dia layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza sbg antara peserta favourite. MashaAllah Nikmat Allah yg mana kah yang kita dustakan," ujar Yatt Hamzah.Tempat kedua telah disandang oleh penyanyi Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi berserta pakej percutian ke Beijing bernilai RM15,000. Manakala bagi tempat ketiga pula, disandang oleh Ezad Lazim yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30000, trofi berserta pakej percutian ke Lombok bernilai RM 6000.
Tempat keempat disandang oleh Nassier Wahab, tempat kelima oleh Acong Sweetchild dan tempat keenam disandang oleh Haiza.
Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.- WTKP





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.