Terkini!

Di Pedalaman Kami Berpuasa

" Bro,apa menu nak berbuka puasa hari ni?"

"Inikan hujung minggu, kita makan sedap sikit. So, kita masak spagheti then makan ramai-ramai."


Acapkali dialog di atas diulang sebut bila menjelma Ramadhan. Puasa di kawasan pedalaman realitinya ada catatan suka dalam duka.

Dalam suasana hidup sebagai minoriti Muslim di kawasan terpencil,cabaran berpuasa bukan satu masalah besar. Yang membezakan cuma cara hidup yang tidak sama berbanding kawasan bandar.

Tanpa bazar Ramadhan, usaha untuk menceriakan diri dengan juadah yang 'wow' tetap diusahakan. Caranya, sudah pasti masak sendiri!
No bazar? No hal, kami pancing dan bakar sendiri

Prinsip yang selalu dipegang, biar hidup di ulu tapi citarasa di bandar!

Hubungan akrab antara komuniti guru Muslim membolehkan kami berusaha hiburkan diri. Makan bersama antara cara yang mampu kami buat bila tiba hujung minggu.

Setidaknya terubat gak kesunyian hati. Istilah dukalara hakikatnya takkan menjadi isu besar kalau bijak mengawal diri. Ya, memang perasaan rindukan suami, isteri, ibu bapa, anak atau kekasih menjadi penyebab dukalara, tapi kalau dilayan gelora hati padahlah jawabnya.

Soal menu 'special' bila berbuka di pedalaman taklah seperti di bandar. Menu masakan 'segera', itulah antara yang mampu disediakan.

Bekalan stok makanan yang terhad menyebabkan menu juadah juga perlu dikawal. Jarak yang jauh untuk bawa balik stok makanan ditambah pula dengan kos yang tinggi menyebabkan kami perlu kawal nafsu makan.

Hikmahnya, kami sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Sederhana tapi mengenyangkan!

Aktiviti hujung minggu, berbuka puasa bersama.

Di kawasan ulu,masyarakat Muslim hampir pasti tiada. Tapi itu bukan menjadi masalah. Toleransi agama yang cukup baik kunci sebenar di sini.

Soal ibadat Ramadhan yang lain seperti solat tarawih, boleh diusahakan sendiri. Bukan jadi alasan untuk beribadat sebab takda mana-mana pihak pun yang menghalang.

Rutin harian di ulu sepanjang Ramadhan tak banyak berbeza. Yang berbeza hanya tak makan minum di siang hari.

Dan yang penting, pandai jaga diri. Kalau ada yang tanya seronok tak puasa di ulu, jawabnya ya! Sebab puasa di ulu banyak ajar istilah syukur dan berdikari. -WRTKP.

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda