Album Tercipta ini membariskan barisan generasi baru kumpulan Anugerah. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1993 dengan nama asalanya, Suara SMAKL, di SMK Agama Kuala Lumpur.
![]() |
| Album Suara SMAKL- Jendela Hati |
![]() |
| Album ANUGERAH - Masih Ada Waktu |
Nama Anugerah ini telah diilhamkan oleh Allahyarham Azahari Ahmad. Namun begitu,kumpulan Suara SMAKL masih diwujudkan untuk kumpulan nasyid sekolah.
Ustaz Azahari bin Abdul Rahman yang merupakan bekas pelajar SMAKL dan anggota ahli kumpulan NOWSEEHEART telah menjadi guru di SMK Agama Kuala Lumpur pada tahun 2004 serta menjadi guru pembimbing nasyid sekolah yang cemerlang.
Nama Suara SMAKL telah ditukarkan kepada nama Anugerah bagi mengelakkan pertikaian juri kerana melabelkan nama sekolah dalam pertandingan nasyid.
Kumpulan nasyid terkenal, NowSeeHeart, merupakan bekas ahli bagi kumpulan Suara SMAKL dan Anugerah.
Sepanjang penubuhannya, kumpulan Anugerah telah banyak mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri mahupun Kebangsaan. Kumpulan ini sangat bergiat dari awal tahun penubuhannya sehingga kini banyak menerima jemputan-jemputan luar. Berkat usaha pelajar-pelajar dan guru-guru telah meletakkan nasyid Anugerah sebagai sebuah kumpulan nasyid sekolah yang popular di peringkat Kebangsaan.
Antara rekod pencapaian Anugerah ialah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan Festival Nasyid Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2004, 2008, 2011 hingga 2015, tempat Ketiga Festival Nasyid Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Kebangsaan tahun 2012 dan 2014, johan Festival Nasyid Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Kebangsaan tahun 2015, tempat ketiga Pertandingan Nasyid Mahrajan Al-Quran dan As-Sunnah anjuran SAM BESTARI peringkat Kebangsaan 2015 (Anugerah Junior) serta Naib Johan Bintang Nasyid Mukmin peringkat Kebangsaan tahun 2013
NOVARTS PRODUCTION TERBIT ALBUM ANUGERAH
Atas rekod pencapaian yang baik, maka syarikat Novarts Production telah memberi kepercayaan kepada kumpulan ini untuk merakamkan album terbaru mereka, Tercipta.
Album Tercipta ini menggunakan khidmat Azhari NowSeeHerat dan Mai Fuisionista sebagai penerbit album. Album ini mengandungi 12 buah lagu iaitu Hijrah Rasul, Qasidah Nadi Transformasi Ummah, Nadi Transformasi Ummah, Berlabuhlah Malam, Keamanan Sejati, Qasidah Generasi al-Quran, Generasi al-Quran, Maruah Mulia, Qasidah Ummah Wasatiyyah, Ummah Wasatiyyah, Qada' Qadar dan Kalimatan.
Proses rakaman album ini dijalankan Inteam Studio manakala mastering dan mixing di Inteam Studio dan Arteffects Studio.
Menyentuh mengenai album ini, secara keseluruhan album ini boleh diangkat sebaris dengan album-album nasyid komersial yang lain. Kualiti rakaman yang baik serta kulit album yang kemas menunjukkan penghasilan album ini bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Dengan nilai RM19.90, album Tercipta amat berbaloi untuk didengar. Bagi yang ingin membeli album ini, boleh dapatkan di Facebook Anugerah atau hubungi/Whatapps di talian +60192679626 (Azhar) - WRTKP






No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.