Tahmid Lebaran menggabungkan ikon-ikon berpengalaman iaitu Inteam, Rabbani, Raihan, Hijjaz, Far East dan Lah Ahmad. Gabungan suara ini pastinya mengembalikan nostalgia lama para peminat.
Tahmid Lebaran merupakan hasil gubahan lirik dan lagu dari Siso Kopratasa, selain berperanan sebagai penerbit. Melodi indah lagu ini ditambah dengan aluna rebana oleh Din Besi dan akodian oleh Wan Salehuddin. Wan juga memainkan peranan sebagai penyusun muzik untuk keseluruhan lagu manakala mixing dan mastering olrh Fauzi Marzuki.
![]() |
| Antara petikan klip video Tahmid Lebaran Foto: Inteam Records dan MSTAR |
Diharapkan dengan kehadiran lagu eksklusif dari Inteam Records ini menambahkan rasa keinsafan dan penghayatan terhadap erti Aidilfitri.
Tahmid Lebaran dimuatkan dalam album Tahmid Lebaran , sebuah album kompilasi Ramadhan dan Syawal terbitan Inteam Records. Pelancaran album secara digital dijangka berlangsung seminggu sebelum hari raya.
Album ini akan dipasarkan secara fizikal dan digital serta boleh didapati di laman Spotify dan iTunes. - WRTKP





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.