Setelah mengundurkan diri dari kumpulan UNIC, Fadzli Aziz kian aktif dengan aktiviti motivasi yang diceburinya. Malah, pengundurannya dari UNIC juga adalah disebabkan faktor untuk memberi tumpuan kepada dunia motivasi.
Program motivasi, ceramah, dan latihan tersebut lebih menyasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara. Sejak itu, beliau lebih bergaul dengan para pelajar sekolah.
Dalam pemerhatiannya, Fadzli mendapati para pelajar cepat letih dek kerana jadual persekolahan mereka yang padat.
Dipetik dari RAP Harian Metro (25 Jun 2016), apa yang Fadzli lihat ialah jadual belajar para pelajar bukan sahaja sehingga tamat waktu persekolahan malah turut melibatkan waktu malam.
“Persekolahan bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 1 atau 2 petang, ada ketika ada kelas tambahan lagi. Balik ke rumah berehat sebentar, sebelah malam ke kelas tuisyen pula dari jam 8 hingga 10 malam. Kemudian kena siapkan kerja sekolah sekali gus mereka tidak cukup rehat dan mengantuk di dalam kelas. Apabila penat, mereka tidak boleh fokus dengan apa yang diajar cikgu," ujar Fadzli yang dipetik dari Harian Metro.
Setelah melihat keadaan tersebut, Fadzli merasakan perlu baginya mengeluarkan sendiri makanan tambahan untuk para pelajar. Menurut beliau, produk tersebut telah pun dikeluarkannya sejak April 2016 yang lalu.
THE MIKRAJ: SEKADAR PROJEK KHAS
![]() |
| Album The Mikraj |
Persoalan itu terjawab apabila jawapan yang diberikan Fadzli adalah sama dalam mana-mana media.
The Mikraj merupakan sebuah projek khas di bawah pimpinan Hafiz Hamidun selaku penerbit album. Selain Fadzli, projek ini turut menampilkan Adi Akmal (Devotees), Taqiuddin (NICE) dan Asyraf (Nur One).
Album ini memuatkan enam lagu qasidah yang dimodenkan dan dua lagu biasa. Qasidah dan lagu yang disisipkan dalam album itu ialah Qad Kafani, Maulaya Solli, Sholatun Salam, Cinta Kami, Tholama Asyku Ghoromi, Busyrolana, Ya Rasulullah menampilkan Nazrey Johani dan Qod Kafani, yang semuanya dipilih Hafiz Hamidun selaku penerbit.
Album The Mikraj ini diterbitkan oleh Arteffects International.Album ini sudah berada di pasaran, juga boleh dimiliki menerusi platform digital seperti iTunes, Deezer, Spotify dan lain-lain lagi. -WRTKP
Disunting dan Ihsan Foto dari: Harian Metro (25 Jun 2016).




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.