TERKINI!

IS [DAISH] Ancam Serang Malaysia


Kumpulan Daulatul Islam (Daish) atau nama Inggerisnya, Islamic State (IS) mengancam untuk menyerang Malaysia.

Dalam video berdurasi selama dua minit 42 saat itu, Daish menyatakan akan melakukan serangan terhadap orang serta akan memenggal kepala para anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Baca: Kenali IS (ISIS) Atau Daish!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan balas kepada Daish (IS), menyatakan bahawa mereka hanya berani membuat ancaman dari jauh. Beliau juga mencabar agar mana-mana rakyat Malaysia yang menyertai Daish di Syria, supaya pulang dan berdepan dengan PDRM di Malaysia.

“Kamu hanya berani buat ugutan dari jauh, kenapa tidak berani pulang?” soal Khalid.

“Jangan cuba ugut…Kami tidak ambil ringan ancaman ini,” tegasnya.

Dalam kenyataan Daish atau IS, seorang rakyat Malaysia iaitu Abu Ain atau nama sebenarnya, Mohd Rafi Udin, meminta mana-mana penyokong Daish (IS) di Malaysia supaya bergabung dengan berbaiah (taat setia) kepada Abu Bakar al-Baghdadi, 'Khalifah' IS di Syria.

Abu Ain juga meminta agar umat Islam di Malaysia bergabung bersama anggota IS di Filipina dalam memerangi kerajaan-kerajaan toghut.

“Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi. Kami akan pulang untuk menyerang kalian atau sahabat-sahabat kami yang berada di sana, Insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian,” kata anggota militan itu.

Dalam pada itu, semakan PDRM mendapati Mohd Rafi berasal dari Negeri Sembilan. Dia meninggalkan Malaysia dan pergi ke Syria untuk menyertai IS pada tahun 2014.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata Mohd Rafi ialah ahli Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda